CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Fungsi R&R Dipertikai, Tak Boleh Berehat Terlalu Lama Atau Anda Bakal Didenda?

10-10-2016 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6060| Komen: 6|Original author: Oleh: Adib ZA


Seorang netizen meluahkan rasa kecewa dan juga marah kerana mendakwa dikenakan cas tambahan ketika menggunakan lebuh raya PLUS.

Ini gara-gara dia duduk lebih lama di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) yang melebihi 1 jam setengah. Lelaki yang dikenali dengan nama Damar Wulan itu menunjukkan resit tol melalui laman Facebook sebagai bukti hal sebenarnya berlaku. 





"Aku didenda 9.40 sen dan bayaran tol 3.00 sahaja tapi dicas RM9.40 adalah cas tambahan dikenakan sekarang jika dok lama melebihi 1.5 jam di RNR.

"Alasan pihak PLUS mengesyaki jika duduk lama di RNR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya," itu antara yang ditulis oleh lelaki ini. 


Katanya lagi, mengapa hal ini tidak diuar-uarkan seperti meletakkan papan tanda di RNR Gurun (seperti: Tidak dibenarkan berehat melebihi 1.5 jam) agar pengguna lebih peka dan juga tidak lalai. 

Sudah tentu hal ini menyebabkan ramai pengguna berasa bimbang bakal dikenakan denda yang sama jika mengambil masa terlalu lama berhenti di kawasan RNR. Bagaimana pula dengan mereka yang benar-benar keletihan, memerlukan masa yang lebih panjang untuk berehat, tidur dan sebagainya? 

Fungsi RNR itu sendiri adalah bagi memberi ruang kepada pengguna untuk mengembalikan kecergasan dan tubuh yang segar selepas memandu jauh tanpa henti. 

Isu tol sebenarnya sangat memberi kesan kepada pengguna dan ternyata hal ini sekali lagi memberikan impak negatif.  Daripada komen netizen lain yang diberikan melalui laman sosial, terdapat juga banyak kekeliruan yang dilemparkan tentang hal ini. 




Namun, masih ada yang bersikap positif dan mahu menantikan jawapan rasmi daripada pihak PLUS berhubung kes yang sudah viral ini. 

Bagaimana pula dengan anda? Adakah bersetuju dengan undang-undang mendenda mereka yang berlengah-lengah di kawasan RNR atau seharusnya ia dilonggarkan. Bukankah bak kata pepatah, biar lambat asal selamat itu lebih baik? - CARI 
4

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HazeLJoseph 10-10-2016 06:02 PM
Blur aku.. jadi dah ada penjelasan plus?
Quote missinpiece 10-10-2016 06:25 PM
Pukul rata coz takut de unsur penipuan gitew
Quote merrissa 10-10-2016 08:11 PM
macam menipu je...selama ni pak lori rilek je tidoq...bos ak pon cmtuh....
Quote giyomi 10-10-2016 10:16 PM
Apa fungsi dan matlamat RNR. Rehat and rawat khennn, so tkan rehat pon kena ada time frame. Klu beetul baik tak payah ada RNR, biar semua mati eksiden sb mandu dlm keadan penat. Bodos sgh klu betul.
Quote Minami2013 11-10-2016 08:06 AM
Ade2 je idea nak cari duit lebih... dah la tol tak pernah turun harga naik lagi ade...
Quote mzzenma 11-10-2016 09:05 AM
kalau tiket valid utk 20 jam then suka hati org tu lah nak nak ambil masa 3,4 jam sekalipun utk lalu tol tu

suka hati nak kira ikut timeframe dia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.667260 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top