Sepertimana yang kita ketahui, penduduk tempatan Syria sepanjang masa hidup dalam keadaan takut dan tiada harapan akibat peperangan di Aleppo, Utara Syria.
Baru-baru ini terdapat seorang ibu, tidak dapat menahan kesedihan akibat kehilangan suami dan anak lelaki menyebabkan dirinya terpaksa mengambil keputusan menikam anak perempuannya yang baru berusia dua bulan dengan pisau, kemudian membunuh dirinya. Difahamkan dia bertindak sedemikian dengan harapan seisi keluarganya boleh kumpul bersama di alam baru. Bagaimana pun, mujurnya kedua ibu dan anak berjaya diselamatkan dan kini tiada risiko ancaman nyawa lagi.
Bayi yang bernama Mais itu seisi keluarganya tinggal di Aleppo, tetapi bapanya dan dua orang abangnya telah meninggal dunia dalam medan perang. Ibunya beritahu, ' bunuhnya dan hantarnya ke syurga lebih baik dariapada biar dia berada di dunia realliti yang diibarat bagai neraka, dan berharap semua anggota keluarganya dapat bertemu bersama di syurga. Bagaimana pun, setelah dihantar ke hospital akibat cedera, ibunya terus ditahan, manakala bayi perempuan itu setakat ini difahamkan telah sembuh. Rakaman video gelagat comel bayi tersebut menghisap jarinya jelas menunujukkan keinginan bayi tersebut untuk terus hidup adalah sangat tinggi. Menurut wakil Persatuan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB, Hanna Singer, seisi keluarga Mais telah mengalami keperitan hidup berikutan pernah kehilangan tempat tinggal sebanyak 5 kali dalam tempoh masa 3 tahun. Bagaimana pun, ketika memegang tangan bayi Mais yang kecil itu membuatkan kehidupan ni masih cantik dan ada harapan, kekuatan nyawa, biasanya dapat mengalahkan realiti hidup yang kejam. - CARI |
14
Bagus |
23
Marah |
12
Terkejut |
16
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT