Isu rungutan terhadap kakitangan kerajaan ni memang takkan pernah pudar. Kalau nak diikutkan hati, semua orang di atas muka bumi ni susah nak dipuaskan hatinya. Begitu juga sebaliknya, tiada orang yang betul-betul dapat memenuhi kehendak semua orang. Pasti ada sahaja mata yang memandang serong dan mulut yang suka-suka 'sound' orang lain.
Hari ini mari kita kupas isu jururawat yang dikatakan makan gaji buta. Beberapa hari lalu, timbul pula isu jururawat goyang kaki, tidur di kaunter jururawat. Menurut Badruz Mohd Zaki melalui status Facebooknya, kejadian berlaku pada Sabtu sekitar 4 pagi di Hospital Besar Pulau Pinang apabila dia menemui jururawat dalam keadaan sedang tidur di kaunter jururawat semasa beliau mahu mencari baju untuk sahabatnya.
Status itu mendapat perhatian daripada seorang netizen dengan nama Facebooknya, Ayah Dean yang kemudiannya menyangkal hujah lelaki itu dengan memberi kenyataan daripada rakannya yang juga merupakan seorang jururawat. Apa yang boleh diringkaskan dari kenyataan itu adalah, jururawat juga manusia biasa. Mereka sama seperti insan lain yang mempunyai tanggungjawab di luar tugasan mereka. Selain penat melayan pesakit dan mengurus perkara lain di hospital, mereka juga perlu mengurus keluarga mereka apabila berada di rumah. Kenyataan itu juga turut menggalakkan kepada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan prestasi jururawat untuk meletakkan diri mereka di situasi sama dihadapi jururawat lain. Satu sahaja yang mereka harapkan iaitu dihargai atas pengorbanan yang diberikan demi pesakit. Sedangkan anak sendiri belum tentu sanggup mencuci dan memandikan ibu bapa mereka, tetapi tidak jururawat yang sanggup menjaga pesakit setiap masa. Isu ini juga mendapat perhatian dari netizen lain yang kebanyakkan tidak bersetuju dengan apa yang telah dikongsikan Badruz. "Daripada menjadikan isu ini sebagai viral, kenapa tidak kejutkan sahaja jururawat itu untuk mendapatkan baju. Lainlah kalau jururawat tu 'tidur mati' tak bangun-bangun selepas dikejutkan." komen Jessica Jojo. "Cuba jadi nurse sehari, tengok penat atau tidak. Jangan pandai cakap sahaja, tak perlu dibesar-besarkan," saran seorang lagi netizen. Ada juga yang turut kesal terhadap mereka yang sering mencari kesalahan orang lain tetapi tidak perbaiki diri sendiri, malah terdapat juga netizen yang merakam kata-kata penghargaan kepada jururawat kita. Selagi namanya manusia, kita tidak akan pernah sempurna. pasti ada cacat cela di mana-mana. Kerana itu pentingnya kita bermuhasabah diri. - CARI |
26
Bagus |
24
Marah |
23
Terkejut |
26
Sedih |
26
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 12-10-2016 05:39 PM
biasa org yg kutuk nurse ni, jenis manusia tk pnah bntu org susah, tk pnah lagi cuci basuh berak mak ...
ADVERTISEMENT