CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengguna Didenda Lebih Masa Di Lebuh Raya, Ini Jawapan Balas PLUS

12-10-2016 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9106| Komen: 27|Original author: Oleh: Adib ZA


Jika beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila seorang netizen bernama Damar Wulan mendedahkan dirinya telah didenda oleh pihak PLUS.

Ini terjadi selepas dia didapati duduk di kawasan R&R lebih dari sepatutnya. Namun begitu, isu ini membuatkan ramai berasa keliru dan tak kurang juga bimbang.


Tiada apa-apa garis panduan yang diberikan daripada pihak PLUS sebelum ini berhubungan hal berkenaan. Dalam masa yang sama netizen meluahkan rasa marah dan tak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Plus terhadap lelaki bernama Damar itu. 




Namun, kini akhirnya pihak Plus telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubungan isu yang dilihat sangat panas pada masa ini. 

"Ia merupakan salah satu daripada langkah yang terpaksa diambil bagi membendung dan mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.

"Berdasarkan pemantauan dan kajian syarikat ini, kegiatan manipulasi kad transit tol sering dilakukan oleh sesetengah pengguna lebuh raya yang tidak bertanggungjawab di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya," Plus dalam satu kenyataan rasmi menerusi laman web Plus.com.my.

"Penalti LJT boleh dikenakan kepada pengguna lebuh raya yang melebihi tempoh perjalanan dari satu plaza tol masuk hingga ke satu plaza tol di laluan tol sistem tertutup (di mana pengguna perlu mengambil kad transit ketika memasuki lebuh raya dan menyerahkan kad transit ketika membuat bayaran di plaza tol keluar). 

"Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan tersebut adalah berdasarkan satu had kelajuan yang telah dikenalpasti," terang pihak Plus dalam kenyataan itu. 

Buat pengguna, mereka tak perlu berasa gusar kerana penalti berkenaan hanya akan dikenakan sekiranya pengguna gagal memberikan bukti atau alasan munasabah. 

Masih tak faham, ini penerangan ringkas yang diberikan.



7

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 12-10-2016 02:15 PM
ermmmm...entah laa...memacam hal...
Quote zulka 12-10-2016 02:20 PM
org meniaga kt RNR selalunya kena penalti..
Quote matchstick 12-10-2016 02:32 PM
so.. kalu alasan tidur dlm surau rnr kena selfie sebelum tdo pastu tunjuk gmbr tu sbg bukti. ke acaner tu
Quote BurungBiru 12-10-2016 02:42 PM
semua cari pasal nak duit lebih jerrrr... bosannnn ahhhh
Quote bangcak 12-10-2016 02:48 PM
whats next?
- denda utk yg keluar dari highway lebih awal (disyakki melebihi had laju) kot?


...janji denda yg bleh buat duit.
Quote rashiman 12-10-2016 03:02 PM
matchstick replied at 12-10-2016 02:32 PM
so.. kalu alasan tidur dlm surau rnr kena selfie sebelum tdo pastu tunjuk gmbr tu sbg bukti. ke acan ...


Perjalanan setengah Jam, buat apa nak tido sampai lebih 2 jam kat highway, Jika nak tido pun carilah tempat tido selepas keluar tol, bukan lama pun daripada kena denda.
Plus buat pun utk mencegah penyelewengan.
Quote ciwi1166 12-10-2016 03:28 PM
kalau jem teruk sbb contruction ada ko nak bagi diskaun ke plus?
Quote HazeLJoseph 12-10-2016 03:28 PM
rashiman replied at 12-10-2016 03:02 PM
Perjalanan setengah Jam, buat apa nak tido sampai lebih 2 jam kat highway, Jika nak tido pun car ...

Macam aku rajin keluat masuk tol.. kadang kala masuk balik tol sebab nak berhenti kt rnr solat,rehat. Kalau rasa bosan jalan straight highway masuk balik jalan dalam,boleh menyinggah makan sedap2 sikit dengan harga berpatutan.. jadi kalau org mcm aku,bila keluat masuk rnr kl-penang,kot terbehenti lama sikit kat semanggul nak sampai Juru utuk rehat sejam dua ke.. mau jenuh juga lah di assume buat aktiviti tak bermoral.Ini namanya pukul rata.
Quote miemiecha 12-10-2016 03:45 PM
entah kenapa benda ni mcm dejavu..

bapak pernah cakap benda yg sama...
lebih dr msuk highway yg d tetapkan, kne penalty..

bapak dpt ilham dalam mimpikah???
Quote ketekodok 12-10-2016 03:58 PM
tengok resit tol tu entry point pun tak tahu kat mana. memang mendapat la....
Quote mia31483 12-10-2016 04:29 PM
secara logik akal manusia klu jarak 30 minit rasanya org xkan berenti lama melainkan tujuan lain...nak tidur mestila lepas tol tu kot..tu yg kena denda...n ya..penjual2 tepi jalan tu mmg kena la..
Quote ohnoLia 12-10-2016 04:39 PM
rashiman replied at 12-10-2016 03:02 PM
Perjalanan setengah Jam, buat apa nak tido sampai lebih 2 jam kat highway, Jika nak tido pun car ...

Penyelewengan yg camne ye?

Quote rashiman 12-10-2016 05:07 PM
ohnoLia replied at 12-10-2016 04:39 PM
Penyelewengan yg camne ye?

tukar tiket dengan pengguna lain.
Quote klkl 12-10-2016 05:21 PM
Pakai touch n go smart tag boleh kot
Quote zuri154 12-10-2016 08:17 PM
rashiman replied at 12-10-2016 05:07 PM
tukar tiket dengan pengguna lain.

selalunya pemandu lori yg jarak jauh buat. tukar kad sesama pemandu lori dilaluan bertentangan
Quote rashiman 12-10-2016 10:02 PM
zuri154 replied at 12-10-2016 08:17 PM
selalunya pemandu lori yg jarak jauh buat. tukar kad sesama pemandu lori dilaluan bertentangan

Itu yg nampak tiket mencurigakan dari segi jarak dan masa sampai.
Quote Dzeko 12-10-2016 10:50 PM
ini semua bangsat2 drebar lori yang suka buat hall.. suka buat kerja tukar tiket tol kt RnR yang combine 2 belah arah..
Quote Reborn_Atheist 13-10-2016 12:40 AM
@dodolgemok     tolol........ sila baca...... biar kurang sikit BODOH ko tu   
Quote gigahertz 13-10-2016 12:49 AM
zuri154 replied at 12-10-2016 12:17 PM
selalunya pemandu lori yg jarak jauh buat. tukar kad sesama pemandu lori dilaluan bertentangan

cod atas highway. tak boleh bayang nak bersalam atas divider.lori park tepi.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053188 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top