CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidap Tumor, Nazim Bersyukur Diberi Kesempatan Pulih Sepenuhnya

14-10-2016 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10720| Komen: 24


Siapa sangka pelakon kacak yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Bella Dally, pada September lalu ini pernah diduga cabaran hidup yang berat dalam hidupnya. Nazim Othman, suatu ketika dahulu disahkan menghidap tumor dalam kepala. 




Melalui laman Instagramnya, Nazim melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk sembuh. Nazim, beberapa jam lalu dihubungi rakan wartawan yang memberitahu ada seseorang menghubungi syarikat penerbitan akhbar untuk bertanya cara menghubungi Nazim. Tujuannya adalah berkenaan adiknya yang diuji tumor dalam kepala, sama seperti kisah saya tahun lalu. 

Nazim bersyukur diberi kesempatan pulih sepenuhnya, tidak seperti adik 'hamba Allah' itu yang dikhabarkan hilang ingatan. Menurut kenyataan Nazim di Instagram itu, dia simpati dan sedih mengenangkan mereka yang tak berjaya pulih sepenuhnya.


"Bagi mereka yang menghidapi tumor dalam tubuh atau seperti saya, dalam kepala; saya fahami kerisauan itu," katanya.

Nazim, menerusi kenyataanya, redha dengan ketentuan Ilahi.



"Saya bersyukur diberi kesembuhan berkat doa dari mereka yang prihatin. Kita kena kuat semangat. Setiap ujian didatangkan kerana kita mampu untuk menanganinya." tambahnya.

Luahan hati pelakon itu mendapat perhatian netizen dan tidak putus menerima kata-kata semangat daripada peminat. - CARI 



Sumber foto: IG Nazim Othman


15

Bagus
22

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MH3703 14-10-2016 04:16 PM
agak proper tulisan bahasa melayu dlm status ig dia ni,,nampak tersusun elok je tatabahasa,bukan mcm sesetnagh bimbo yg lain sbb menulis ni utk dibaca dan difahami oleh org lain,bukan utk difahami utk diri sendiri aje...selain b.hinggeris dia pun tip top jugak...tp agak ngeri pulok tgk pix yg kepala kena jahit tu...oh sakit tumor kepala boleh jadi lupa ingatan?
Quote pocongkiutss 14-10-2016 04:18 PM
Seriaunye tgk gambar atas tu
Quote InVendeTTa 14-10-2016 04:19 PM
alhamdulillah..harap tak relapse
Quote esteryen 14-10-2016 04:20 PM
MH3703 replied at 14-10-2016 04:16 PM
agak proper tulisan bahasa melayu dlm status ig dia ni,,nampak tersusun elok je tatabahasa,bukan mcm ...

Operation bedah otak tu... hilang ingatan kira okay le tu, mostly yg bedah2 kepala/otak ni besar kemungkinan kiok terus..
Quote esteryen 14-10-2016 04:21 PM
I pun ada komen tanya hair tonic apa yg dia guna
Quote esteryen 14-10-2016 04:23 PM
And kiranya he is a good soul ya. Sbb ada je haiwan yg nak dekat ngan dia. Sampai burung pergi kat balcony dia bertelur menetas n baby birdie pandai terbang..biasanya haiwan ni ada high senses dia..mereka lebih tau bezakan yg mana hati good2 n mana tak
Quote mokcikKSKB 14-10-2016 04:38 PM
esteryen replied at 14-10-2016 04:20 PM
Operation bedah otak tu... hilang ingatan kira okay le tu, mostly yg bedah2 kepala/otak ni besar k ...

Rasanya dia benign tumot kot.dulu pernah dia uplod kat ig..sesape rajin bolehlah tepek.kat rumah lama dulu ada psl ni
Quote mokcikKSKB 14-10-2016 04:39 PM
esteryen replied at 14-10-2016 04:23 PM
And kiranya he is a good soul ya. Sbb ada je haiwan yg nak dekat ngan dia. Sampai burung pergi kat b ...

Most likely lah kot..seteruk mana dia digencap dia lek lek jah..
Quote rosannazmia 14-10-2016 04:52 PM
Mak i pon survivor mcm dia.Alhamdulillah pjg umur mak i dpt tgk anak2 n cucu membesar.
Quote Carl_Kausar 14-10-2016 05:11 PM
kenape kedit TT -1 ?
Quote mirandanicky1 14-10-2016 05:38 PM
Alhamdulillah.
Quote acikhan 14-10-2016 05:43 PM
Ngeri tgk time ops dr buka separuh kulit da bleh bayang cmne....skang da sihat alhamdulillah nazim
Quote sabar_sabariah 14-10-2016 06:14 PM
MH3703 replied at 14-10-2016 04:16 PM
agak proper tulisan bahasa melayu dlm status ig dia ni,,nampak tersusun elok je tatabahasa,bukan mcm ...

boleh hilang ingatan rasanya...
kawan saya citer
arwah ayah dia pun ada tumor otak
dia hilang ingatan masa kini
tapi dia still ingat lagi memori lama
masa zaman kanak2

maksudnya, masa di penghujung harinya
dia tak ingat dia dah kahwin and ada family
dia pun tak kenal wife and anak2 dia
sedih kan...
Quote hafeek 14-10-2016 08:19 PM
alhamdulillah.. org ckp lama2 bleh dtg balik tumor ni. mintak dijauhkan
Quote HoneyManjer 14-10-2016 09:05 PM
Alhamdulillah...moga sihat senantiasa lepas nih!
Quote Manjahati 14-10-2016 10:29 PM
Alhamdulillah moga bertambah sihat
Quote cincaicincau 15-10-2016 12:52 AM
Alhamdulillah moga terus sihat & dpt anak2 yg comel dgn isteri
Quote merrissa 15-10-2016 01:53 AM
haah teringat jugak budak sekolah dulu accident lepas tu hilang ingatan...nama dia pon dia x ingat.....
Quote PongKang 15-10-2016 04:33 AM
seriaunya tgk jahitan kat kepala nazim. aku suka nazim sejak dia berlakon kimci tu.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.047467 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top