CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Lunch Box' OKU Inilah Yang Patut Diviralkan, Bukan Nasi Lemak Anak Dara

17-10-2016 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6803| Komen: 13|Original author: Oleh: Maly Rosli




"Baik viralkan yang ini, dapat pahala. Daripada viralkan nasi lemak Anak Dara, siap dijemput ke konti radio lagi. Usaha adik OKU ini lebih mulia yang ternyata tidak hanya mengejar populariti," ujar seorang netizen.



Ini antara pendapat ikhlas netizen mengenai kecekalan Hairul Anuar berbakti kepada ibu tercinta. Dia bukanlah seorang selebriti yang dikenali ramai, malah mengalami masalah pendengaran. Namun pemuda OKU ini tabah dan teguh menabur bakti kepada ibunya.


Hairul Anuar menjadi Hero dan inspirasi ramai apabila namanya mula menjadi sebutan  sejak statusnya dimuatnaik di akaun Facebook. Walaupun cacat deria, Hairul merupakan pelajar jurusan diploma Perakaunan yang sedikitpun tidak berasa malu untuk menjual set makan tengah hari demi menjaga ibunya yang lumpuh separuh akibat strok.

"Saya OKU pekak dan educated person. Saya jual lunch box sebab jaga mak sakit strok separuh.

"Saya memang nak cari kerja tetapi saya sedar tiada orang boleh jaga mak kerana saya anak tunggal. Jadi saya lupakan cita-cita saya demi menjaga mak seorang," kata Hairul yang sudah tiga tahuun menjaga ibunya yang sakit.



Menurut Hairul yang pekak sejak lahir, ibunya pernah berniaga sebelum jatuh sakit. Namun sejak ibunya sakit, dia belajar memasak dari ibunya. Mengenai ideanya untuk menjual set makan tengah hari pula, dia mendapat ilham daripada netizen yang memberi idea mereka selepas dia kerap memuatnaik masakannya di Facebook.

Kisah itu mendapat perhatian netizen yang berbangga dengan hasil dan usahanya serta mendoakan kejayaannya di dunia dan akhirat. Ramai yang suka dengan kerajinan anak muda itu selain menggemari sikap pemurahnya untuk berkongsi resepi.

"Suka sangat pada anak muda ini. Dia rajin share resepi. Dia dah curi hati saya sejak pertama kali lagi saya terbaca kisahnya," tulis netizen Cik Alyah.

"Rajin. Tapi janganlah ada yang kata perniagaan dia tak berlesen dan sebaginya. Kesian dia. Mudahan segalanya berjalan lancar," kata netizen.



Kebanyakan netizen mengagumi ketabahan Hairul, malah ada yang menyuarakan bahawa kisah sebeginilah yang sepatutnya mendapat perhatian media dan diviralkan. 

"Tak nak tolong viralkan adik ini ke? Tak kan nasi lemak anak dara je nak promote. Buatlah promosi untuk adik ni pula," saran netizen, Milo Samat.
Sumber foto: FB Hairul Anuar

Jika orang OKU pun sanggup berkorban dan ketepikan cita-cita demi ibu bercinta mana mungkin kita yang lengkap segala-galanya mengabaikan orang tua yang melahirkan dan menjaga kita sehingga berjaya. Semoga kisah ini menjadi teladan dan inspirasi kepada pembaca. - CARI
31

Bagus
29

Marah
21

Terkejut
10

Sedih
34

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (138 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 17-10-2016 12:17 PM
area mana kamu jual dik....?meh akak2 dgn kawan2 opis tempah klu dekat2 la..
Quote belilies 17-10-2016 12:40 PM
Tayah nak deny rezeki org. I bet kalu tukang viral tau psl nasi lemak oku tu pun dia akan viralkan gak.
Quote cikgubesar 17-10-2016 01:22 PM
NAK BET BERAPA
Quote DeeHanania 17-10-2016 04:05 PM
Smoga dmurahkan rezeki tuk Adik Hairul,mniaga sambil menjaga mak yg sakit...
Quote azimodin 17-10-2016 05:22 PM
Budak ni slalu post masakn heouls kat group masakan. Mmg nampak sedap la lauk 2 dia walaupon simple. cuma dulu ade fb user pprt yang mendengki dengan adik ni. .. sian dia
Quote ronapink 17-10-2016 11:19 PM
dalam lumpuh pun mak dia membantu juga..

kasih ibu..
Quote DRandallBlythe 17-10-2016 11:34 PM
Ini yang patot kita tolong...bukan setakat nak tolong yang lawar lawar jek.
Quote bubblegummy 18-10-2016 05:38 AM
Semoga dimurahkan rezeki
Quote malukokram 18-10-2016 11:16 AM
share lah skali detail adikni duk kat mana. jual lunch box macamane. ada jugak forumer yg takde fb kat sini. contohnye aku. dah alang alang nak suruh viral. cube kasi info yg lengkap sikitt :zz
Quote naanie 18-10-2016 09:09 PM
malukokram replied at 18-10-2016 11:16 AM
share lah skali detail adikni duk kat mana. jual lunch box macamane. ada jugak forumer yg takde fb k ...

Takde detail cemana nak order khennn
Quote irwansuhadi 19-10-2016 08:46 AM
naanie replied at 18-10-2016 09:09 PM
Takde detail cemana nak order khennn

cuba la search Hairul Anuar tu satu2... Amboi bab2 macam ni takde terkeluar ke skill stalk tidak terbatas tu?
Quote liyamariska 19-10-2016 10:14 AM
semoga dimurahkan rezeki utk adik nie dan ibunya juga...
Quote cumulonimbus 19-10-2016 10:47 PM
dekat mner ni dekk....
boleh jer abg sapot kalo dekat....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039487 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top