CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

ICT Di Terengganu, Syurga Penggemar Makanan Celup Tepung

17-10-2016 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13184| Komen: 22

Kalau anda berada di Terengganu, anda kena cuba ICT. Salah satu menu makanan popular di Terengganu adalah Ikan Celup Tepung (ICT). Terdapat beberapa kedai yang popular dengan ICT di daerah Kuala Terengganu. Salah satu kedai ICT tersohor di Terengganu adalah Warung Pok Nong, Pantai Teluk Ketapang dan juga perkampungan nelayan di Pantai Mengabang Telipot.


Di kawasan bandarnya juga ada menyediakan kedai yang menawarkan Ikan Celup Tepung ini. Namun, ia tidak begitu terkenal dan meriah seperti kedai di Pantai Teluk Ketapang atau di Mengabang Telipot.

Berikut adalah Beberapa Kedai ICT yang popular di Terengganu.


Berdekatan kawasan Mengabang Telipot:

1. Kedai Pok Nong


Kedai ini boleh dikatakan kedai yang paling popular di Kuala Terengganu. Ia hanya memakan masa selama kira-kira 30 minit untuk ke sini dari Bandar utama KT. Seperti kebanyakan kedai ICT, kedai ini terletak di tepi pantai pantai, dimana suasananya sangat tenang dan santai. 

Kedai ini terkenal dengan 'sotong gunting' yang besar-besar di mana pelanggan akan pilih dan gunting sendiri sotong itu. Selain aneka makanan celup tepung seperti sotong, ikan, udang, dan pari, anda boleh mencuba makanan tradisi orang Terengganu seperti Ketupat Sotong, Keropok Lekor, Pulut Durian dan Pulut Mangga. 



Penduduk di sini menggemari Jagung Parut atau nama popularnya Air Batu Jagung (ABJ). Ia sejenis hidangan ais hancur yang diletakkan manisan jagung.


2. Warung Adik Beradik (Sri Kolam)



Kedai Pok Nong adakalanya dipenuhi pelanggan yang tak putus-putus. Sekiranya anda malas mahu beratur, anda bolehlah ke kedai Adik Beradik yang terletak kira-kira 50-100 meter ke hadapan. Kedai ini betul-betul menghadap pantai. 

Seperti mana-mana kedai, ia juga menggunakan resepi tepung dan sos yang berlainan. Disyorkan anda mencuba pari celup tepungnya bersama-sama sos yang di dalam botol. Sos ini agak kurang pekatnya dan sedikit masam. Baru 'syok' makan. Kedai ini memang 'best' sebab ruang parkirnya yang luas.




Berdekatan Kawasan Teluk Ketapang:

1. Firdausy Seafood Corner


Apa yang menarik di kedai ini adalah ia terletak betul-betul di sebelah Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang terletak satu kilometer sahaja dari Pantai Rekreasi Teluk Ketapang. Boleh la menikmati makanan sambil melihat kapal terbang mendarat.

Lain dari kedai lain, kedai ini menyediakan Bayam Celup Tepung. Ia sangat rangup dan sedap dimakan panas-panas. Bagus untuk kesihatan juga. 




2. ICT Haji Pok Long Seafood


Sumber foto: Carian Google

Destinasi ICT ini tidak kurang hebatnya. ICT di Pantai Teluk Ketapang ini juga dikenali sebagai Seberang Takir. Terdapat kira-kira lima lagi warung yang bersebelahan dengan warung ini yang turut menyediakan makanan celup tepung. Setiap hujung minggu, pasti penuh warung ini.

Itulah antara destinasi kedai Ikan Celup Tepung di Kuala Terengganu. Semoga ia dapat membantu anda dalam misi 'makan di mana' anda. Selamat mencuba! - CARI

33

Bagus
39

Marah
33

Terkejut
33

Sedih
22

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (189 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 17-10-2016 07:05 PM
biasa2 je..tp,pernah mkn kat area2 situ..mkn tepi pantai nun..order abc,dgn mayat semut bergelimpangan dlm abc tu..bau najis kucing lg..putus selera,lepas tu,xmkn dh kat situ.. -_-
Quote holothurian 17-10-2016 07:09 PM
tapi,ada satu makanan kat terengganu..nasi lemak ganja bwh rumah..mmg sedap! mse I student beli time sahur..berderet org beratur!!org beli berbelas2 bungkus..puluh2 bungkus..mmg terbaik laaa nasi lemak tu,terliur plak bila teringat..
Quote Ammill 17-10-2016 07:26 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote missinpiece 17-10-2016 07:30 PM
Heaven! Paling x bleh lupa ikan celup tepung kt Tg Lumpur kuantan n Pantai Kemasik
Quote Jesrina 18-10-2016 12:22 AM
Kalau pegi Kuala Terengganu, i prefer makan dekat NR Cafe. Lokasi die dekat Jalan Tok Jembal. Korang boleh waze "NR Cafe". No telefon die 09-666 0645. I suke makan sotong celup tepung situ sedap. Pastu xde la kene beratur panjang mcm kat warung pok nong tu huhu.. pastikan makan sotong yg timbang tu. Mcm2 seafood ade.. sotong, pari, ikan, ketam etc. Goreng2 pon ade.. surau pon ade kt situ kalau nak solat.
Quote mdhelmi 18-10-2016 09:34 AM
penyedap ialah sos dia
celup la tepung pape pon asalkan ada sos dia tu semua sedap
Quote cikgubesar 18-10-2016 01:38 PM
kalau pergi lagi suka ambil sotong dgn udang.ikan biasa sgt,kat kl pun murah.sotong dan udang yang mahal tu yg pergi sana kena sesah sotong kaw2
Quote yusryimran 18-10-2016 03:06 PM
OMG bestnya jom kita ke terengganu
Quote meklalala 18-10-2016 03:25 PM
okey boleh tyr nanti kalau pergi ganu..
Quote nyanyan 19-10-2016 12:33 PM
pok nong ni kita beratur panjang panjang kat depan rupa rupanya ada orang order ikut dapur belakang patutlah lambat q tak gerak gerak
Quote -electrifying- 19-10-2016 02:16 PM
kecur air liur
Quote d_anne04 19-10-2016 04:08 PM
Kedai Pok Nong
kedai ni bagi akak yang menjadi popular sebab sotong dia...harga yang lebih murah berbanding tempat lain..sotong fresh, disalut dengan tepung yang rangup dan digoreng dengan menggunakan minyak yang baru

minuman dan menu lain di warung pok nong biasa-biasa jer

Warung Adik Beradik (Sri Kolam)
Kedai ni dah lama bertapak..sebelum kedai pok nong lagi...tapi agak sendu..sbb kebanyakan makanan yang dihidangkan x berapa fresh


Firdausy Seafood Corner
rasa okey la...xde x factor


ICT Hj Pok Long Seafood
kalau singgah sini wajib order Air Jagung Parut..
mmg sedap..x manis sangat x tawar sgt..air batu parut dicampur jagung manis, susu cair, kacang tumbuk dan ais krim jagung
makanan lain biasa-biasa jer...

Quote d_anne04 19-10-2016 04:13 PM
nyanyan replied at 19-10-2016 12:33 PM
pok nong ni kita beratur panjang panjang kat depan rupa rupanya ada orang order ikut dapur belakang  ...

betul tu...kita jenuh beratur kat luaq...dia senang jer angkut dari pintu belakang...
kalau yang tu biasanya sedara, kawan rapat dan org yang dh booking awal..
Quote jaiz8seman789 19-10-2016 04:27 PM
moh makan kat rumah aku...
ikan bilis celop tepong... 1 ekoo rm77.99 jah..


aku pernah makan yang tunggu lama tuu....teluk ketapang tganu...
                      masa makan aku tak ada dah fikir sedap o tak
                      yang ligat kepala otak ku fikir.... buang masa nyeee lah

1 lagi tempat yg tepi pantai...
               aku makan sotong celup tepong..."sotong semalam tak abes yer?,,, panaskan semula yer?"

Quote drivethru 21-10-2016 06:08 AM
Dah cuba kat area airport KT. Biasa2 jer. Sekadar mencuba.
Quote zie_indah 22-10-2016 01:13 PM
Mcm sedap jer....
Quote kuewTiau 27-10-2016 02:33 PM
First time bawak orang KL pegi makan ICT, sampai ke sudah dia request nak g lagi.
Quote ejans 28-10-2016 08:58 AM
Dulu ingatkan ada pok nong je.. jenuhh beratur berejammm... biasa2 je rasaa.. ais jagung dia je yg sedap.. pastu dah tau ada banyak kedai jual ict ni.. aku gi area epot tu. Kedai ujung skali.. siap ada jual mee goreng.. sepinggan sotong udang banyak2 mcm tu rm 5 je.  Udang pun siap potong dahh.  N sedaaapppp bangattt... .ayah mak aku first time makan pun gembiraaa... suka btoll ayah aku.. oh. Btw i love terengganu... makanan sedap2
Quote melzal 1-11-2016 08:35 AM
Tq sgt....dh lama mencari sotong celup tepung yg dipotong masa panas2.....beberapa thn sudah penah mkn kt kemaman sotong tu. Pastu bila pegi balik x de dh tmpt tu....kebnyakkn yg ada jupa cuma ict je

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.066882 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top