CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Budak Sekarang Asyik 'Komplen' Hidup Susah Dan 'Struggle' Tapi Sebenarnya Manja!

20-10-2016 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9382| Komen: 26|Original author: Oleh: Adib ZA



Tak dinafikan dalam zaman serba moden dan teknologi ini, cabaran yang ditempuhi di kalangan anak muda agak berbeza dengan orang zaman dahulu. 

Namun yang tak sedap didengar mereka ini seolah tidak bersyukur dan juga sering menyalahkan keadaan termasuklah pihak kerajaan, ekonomi dan sebagainya.

Dikatakan hidup dalam keadaan yang 'struggle' atau susah pada zaman ini, gaji kecil, sukar mendapat pekerjaan, harga rumah tinggi, kos hidup yang melampau dan sebagainya. Benarkah apakah yang diucapkan oleh generasi muda ini? 


Sambil memberikan pandangan sinis, seorang netizen tampil 'membasuh' komen negatif yang diberikan rata-rata anak muda yang dilihat bukannya dalam keadaan sukar, sebaliknya terlalu manja dan juga tidak pandai adaptasi keadaan semasa. 

"Kau belum habis study lagi mak dan bapa dah bagi kereta sebiji, duit poket tiap bulan. Dah habis belajar, pergi interview naik kereta, dapat kerja, deposit rumah sewa mak dan bapa tolong lagi.

"Nak tunggu gaji pertama mak dan bapa dan hulur dulu. Hujung minggu kau pergi melepak sana sini makan kafe hipster air sirap RM7, itu yang kau kata struggle?"


Gambar hiasan. Sumber: Carian Google

Netizen ini dilihat seperti sangat tidak boleh menerima mentaliti anak muda yang hanya tahu disuap, bukannya berusaha sebaik mungkin untuk memajukan diri. 

Sebaliknya hanya tahu merungut dan menyalahkan pihak lain atas 'kesusahan' yang dilaluinya. 

"Orang yang ke hulu hilir naik bas, ktm lrt segala macam public transport sampai mencecet peluh semasa nak pergi interview, batu orang panggil struggle," tambahnya. 

Terlalu banyak kebenaran yang diberikan oleh netizen ini yang mampu membuka sedikit sebanyak minda anak muda agar lebih berusaha pada zaman ini. 

Selain itu, pandangan netizen ini disambut rata-ratanya dengan komen positif, meskipun masih ada yang tidak bersetuju dengannya. Mereka yang lain turut berkongsi kisah bagaimana ingin meneruskan kehidupan pada zaman serba mencabar ini.




Bagaimana dengan anda? Adakah anak muda kini terlalu dimanjakan sehingga tak boleh berasa susah sedikit pun? Itu belum masuk dalam bidang pekerjaan, mahu sahaja dilayan bak diva dan sang puteri? - CARI 
23

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HazeLJoseph 20-10-2016 06:37 PM
Ngengader.. Nak siap ada kereta laptop belanja barang branded bagai.Aku dulu sampai skrg pon rajin naik public transport dari drive,masa belajar rajin aku menyalin nota atau buat by hand thesis, bawak duit tabubg gi kedai.. Bebudak skrg syiling pon ditabur2
Quote chazey 20-10-2016 07:03 PM
King's generation camtu la.
Quote mzzenma 20-10-2016 08:02 PM
Kenapa suhaila adam ni meroyan?

Dah mak bapak dia mampu tolong the tolong je lah..anak dia kan. Kau nanti dah ada anak hahh tau lah macam mana.

Quote jazaa100 20-10-2016 08:22 PM
Mcm anak aku lah tu.....

Dpt lesen motor nk motor....dpt lesen keta, terus tinggalkn motor nk keta lak....

Quote Orix 20-10-2016 08:39 PM
kau meroyan kenapa dek? keguguran kewwww
Quote mirandanicky1 20-10-2016 09:34 PM
Mmg betul..dari pengalaman sendiri..mcmana nk ada duit asyik minum kt cafe hipster je..yelah nk upload pic kt ig kan..mana boleh minum gerai buruk tepi jln
Quote syadq 20-10-2016 10:03 PM
Kira bagus lah tu habis study pergi interview dan dapat kerja. Sukati dia lah nak joli duit gaji camne pon.
Quote Airabelle 20-10-2016 10:10 PM
Naik public transport la best. Aku ni nak kata memilih kerja, tak. Aku pikirkan bapak aku. Dia yang nnti nak kena ngantar ke stesen ktm dah la jauh. Nak duk rumah sewa, tak nak la guna duit parents utk byr deposit.

Ni pun dikira manja ke? Huhuhu
Quote saladin780 20-10-2016 10:36 PM
suhaila adam ni umur brp? x pyh la keulu kehilir budak2 zaman skrg kalu ko pun spesis bbnu jugak..ntah2 ko pun jenis mencapub jugak sangap like kat FB smpi gigih menulis status panjang2 gitu
Quote Mary_jane 21-10-2016 01:06 AM
I pun tak paham kenapa kita nak kisahkan susah senang orang. Pandailah diorang mengurus hidup sendiri. Nak beli kereta ke, jet peribadi ke, lantak.

Quote matseh 21-10-2016 09:05 AM
Zaman dah bberubah, parents nowdays are more attentive, bagi tg berkemampuan. Yg tak berapa nak mampun pn akan cuba sedaya mungkin untuk bantu anak2. Maybe  mereka tak nak anak2 lalui kesusahan yg sama. Kalau dapat mereka akan tolong.
Quote mdhelmi 21-10-2016 09:08 AM
anak tu manja sbb dimanjakan
tapi kalo mak ayah mmg btol2 mampu ape salahnya
cuma sentiasa kene ingatkan anak sampai 1 masa kene berdiri atas kaki sendiri
dah sampai masa untuk menyenangkan mak ayah pula
Quote tipuware 21-10-2016 09:45 AM
adik aku kat sekolah, aku suruh dia niaga srapan pagi. dia ada la pengikut dia, kadang2 dia buat sandwhich, kdng2 sushi, nasi lemak ke. pasal aku kakak yg keji, aku kata ko nak duit, ko berniaga sendiri. aku kasi duit modal, cukup bulan, bagi balik duit modal aku. mak aku sedih, kata aku kejam. eleh, mak aku lupa la tew, aku dari sekolah rendah niaga nasik lemak kat sekolah.. masa tu atleast duit aku kasi semua kat mak aku. adik aku ni duit dia amik, duit modal aje pulangkan. bila aku ckp mak aku manjakan adik aku sgt, mak aku kata, rezeki dia hidup dah senang sekrang.. ada2 aje jawapan mak aku. ni aku dah kata, ko masuk u, jgn mimpi nak pakai kete. ko pakai kete, ko siap.
Quote aksaradhia 21-10-2016 09:50 AM
mmg bebudak skg manja x hengat.. dan mak ayah zaman skg ni pon memanjakan lebih2..sbb kita tau dulu kita susah n kita takmo anak2 kita susah cam kite..tapi jgn keterlaluan lah sampai takleh berdikari..
Quote ~boolean 21-10-2016 11:32 AM
Zaman sekarang buat assignment buka wikipedia, buka google..tiru.
Hantar2 jawapan/discussion guna whatsapp..
Assignment hantar pun guna email/thumbdrive saja..
Lepas tu mengomel belajar susah.. pergi kelas jauh kena ada kereta..makan nak cafe hipster... cam cibai..

Dia tak lalui zaman belajar guna dial-up..memanjang takda line..hantar guna floppy disk..dapat makan nasi bujang dah kira mewah dah tu berbanding mkan megi
Quote harisanis 21-10-2016 11:43 AM
yg pergi makan cafe hipster iols tu stuju...duit tiap3 minggu mintak gn mak ayah hanya semata nak bjalan n lepak kat hipster cafe ~~ kalo ko mmg ank org kaya dkcualikan~~
Quote cahaya_almas 21-10-2016 01:31 PM
Tahap kesusahan seseorang pelbagai2....

Cafe hispter tu ala2 cafe nora danish kah....rumah kueh...zawara coffea gitu ke?
Quote smurfetz 21-10-2016 04:51 PM
cahaya_almas replied at 21-10-2016 01:31 PM
Tahap kesusahan seseorang pelbagai2....

Cafe hispter tu ala2 cafe nora danish kah....rumah kueh.. ...

yang air sirap rega RM7
Quote zie_indah 22-10-2016 04:17 PM
Budak skrg suka bergaya dgn hp
Kereta cntik2 tp duit mmg cukup2 pakai je..entah mau x cukup

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.116646 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top