CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Banyak Cakap, Saya Hantar Mat Cangkul!' - Komen TMJ Cuit Hati Netizen

21-10-2016 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6645| Komen: 16|Original author: Oleh: Adib ZA


Loading FB Post...



Meskipun gagal mempertahankan Piala AFC selepas tumpas kepada Bengaluru, namun pasukan JDT telah mencatat rekod tersendiri bagi arena sukan negara. 

Ini kerana ia menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang mara bukan sekali, malah dua kali ke peringkat separuh akhir Piala AFC.

Dalam perlawanan itu, JDT tewas dengan agregat 2-4 selepas seri 1-1 dalam separuh akhir pertama di tempat sendiri dan tewas 1-3 dalam separuh akhir kedua di Bangalore, India. 


Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman rasmi Johor Southern Tigers, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap mengucapkan tahniah kepada pemainnya. 

Baginda berkata JDT tetap pasukan terbaik di Malaysia meskipun gagal di Piala AFC selepas merebut tiga piala tahun ini iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih. 

"Bagi saya keputusan yang tidak begitu memuaskan. Tetapi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemain-pemain JDT."




Namun, seperti biasa nampaknya ada cakap-cakap dari kalangan netizen yang cuba memperlekeh dan juga mengkritik pasukan itu bila tidak berjaya membawa pulang kemenangan. 

"Hari ini saya nampak lebih banyak rakyat Malaysia jadi rakyat India pulak. Macam happy sangat sedangkan kita ni pasukan JDT yang mewakili negara. Tetapi sikap lalang ni tunjuklah orang Malaysia macam mana. Saya tidak peduli apa yang orang lain cakap," katanya. 

Tunku Ismail juga secara sinis memberi amaran buat mereka yang nampak tak 'reti' menutup mulut atau sentiasa dengan komen negatif. "Saya akan hantar Mat Cangkul!"

Komen perihal "Mat Cangkul" itu sahaja telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen. Lihat sahaja dalam masa singkat video tersebut telah mendapat 25,000 kali perkongsian!

Mereka menunjukkan sokongan kepada TMJ dan berkata baginda menunjukkan sikap yang tegas dan bersungguh memberikan perbaharuan serta membawa nama Malaysia ke peringkat Piala AFC. 

Netizen juga berasa terhibur dengan komen TMJ berikan dan menganggap baginda mempamerkan sisi berlawak ketika memberikan komen yang serius. 



Apa pula kata anda dengan prestasi pasukan JDT ini di Piala AFC? - CARI 
7

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 21-10-2016 11:27 AM
Akak tgk gak video ala2 Diva ni smlm..
Dlm hati akak berkata..patut la species perangai mcm Mat Cangkul ni wujud di negeri itu....hmmm..
Quote oppol 21-10-2016 11:42 AM
Mat cangkul tu apa?....
Pengali kubur erkk.....?  
Quote ms.mango 21-10-2016 11:44 AM
hahahaha..lawak...
Quote silampumeja 21-10-2016 11:59 AM
oppol replied at 21-10-2016 03:42 AM
Mat cangkul tu apa?....
Pengali kubur erkk.....?

Laki  gemuk yg bawak cangkul serang pekerja nak potong bekalan air yang viral tu. Kes di johor rasenye ..  
Quote oppol 21-10-2016 12:07 PM
silampumeja replied at 21-10-2016 11:59 AM
Laki  gemuk yg bawak cangkul serang pekerja nak potong bekalan air yang viral tu. Kes di johor ras ...

Ohh...gitu...
Quote kornea 21-10-2016 01:52 PM
Mat cangkul lembik macam sial pun dia takut. Buat malu diri sendiri jer
Quote HazeLJoseph 21-10-2016 02:39 PM
Mujur iols dok selangor bil air yilleekkk foc gitu,takdalah mat2 cangkul ala2 luke skywalker
Quote Skuau 21-10-2016 03:26 PM
Kalolah....TMJ Presiden FAM kelak...ada berani ka korang nk 'cakap apa'?????
Quote DeeHanania 21-10-2016 05:59 PM
Hihihihi...lawak
Quote Sayaaa 21-10-2016 10:07 PM
cuit hati org johor je
Quote senduhazab 21-10-2016 11:24 PM
Hurm.....yelahhhhh
Quote ejans 21-10-2016 11:44 PM
Nama je tmj.tp cara bercakap mcm kelas rempit... nak berlawak pun. Nampak ar cerdik sikit.. mcm tun m.. berseloroh berlawak pun still nampak bijak
Quote boyagombak 22-10-2016 02:56 AM
Arghhhhhh malasla nk komen team hati tisu ni. Kang komen lelebeh kang berangkut semakphong plk.
Congrats bengaluru luaskan kuasa mu
Quote rempahkari 22-10-2016 09:43 PM
Jgn emo sgt awk tu raja.. Normal le keji puji asam garam... Cth artis nmpk rileks kena gossip
Quote ninnakarinna 23-10-2016 05:58 AM
Dia muda lg. Aku tengok ok je la dia. Dalam slamber2 dia tu ada gak isi. Bila dah berumur skit mesti lg matang. A good leader.

Aku dgr dia ckp mat cangkul da tergelak. 3 org kat blkg tu mcm xde perasaan plak. Kalau aku dah berdekah da.

Btw, aku rasa ni lakonan je. Means, tmj da tau ada org nak iv dia. Cara dia jln patu bila org ni tegur nak iv nmpk mcm tmj da ready. Speku je.
Quote Teru2Bozu 23-10-2016 12:54 PM
cara dia cakap agak stuck up.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.147072 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top