CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gurauan Kasar Netizen Ini, Buat Penyokong JDT Dan Orang Johor Naik Angin

1-11-2016 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6560| Komen: 10|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bola sepak merupakan sukan yang menjadi kegemaran ramai dan dianggap sebagai sukan perpaduan yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia.

Setiap kali berlangsungnya perlawan besar, pastinya rata-rata peminat bola tidak akan melepaskan peluang untuk menyokong tidak kira menonton di dalam stadium atau di hadapan kaca televisyen.



Sumber Foto: The Star

Bukan sahaja penyokong pasukan yang bertanding dalam perlawanan tersebut akan lebih teruja untuk melihat pasukan yang disokong menang, malah pihak luar juga turut merasai bahang dan semangat untuk sama-sama menyokong.

Namun, bola sepak dan perbalahan seakan tidak dapat dipisahkan lagi apabila ada sesetengah pihak yang sengaja mengapi-apikan keadaan dengan mencetuskan api kemarahan antara mereka.


Ini yang berlaku apabila seorang pengguna laman sosial twitter secara tidak langsung telah mengaitkan perlawanan final Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor dengan pasukan bola JDT.

Dalam tweetnya dia telah menyindir pasukan Johor Darul Takzim yang telah tersingkir lebih awal dalam saingan.


\
Penulis tweet tersebut mengaitkan situasi semasa dengan tragedi kebakaran Hospital Sultan Aminah yang meragut nyawa minggu lalu.

Gurauan kasar ini mengundang padah apabila dia telah dikecam dan dikritik hebat oleh netizen yang berpendapat tweet ini tidak sensitif kerana ia melibatkan kehilangan nyawa dan sesuatu yang serius.

Antara komen netizen yang tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan pengguna twitter tersebut: 



Terbaru, melalui tweetnya yang baru dikemaskini, penulis tweet tersebut secara terbuka telah memohon maaf terhadap kelancangannya dalam berkata-kata.



Semoga dengan permohonan maaf ini, keadaan yang keruh dapat dijernihkan kembali sperti sedia kala. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tidak begitu? -CARI

41

Bagus
36

Marah
23

Terkejut
38

Sedih
45

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (214 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 1-11-2016 11:26 AM
jijik, semua benda ko anggap gurau
keluarga mangsa xanggap kebakaran ni satu joke ok
Quote PEPPERMAN 1-11-2016 11:41 AM
Saya tak resah sangat dengan reaksi rakyat jelata bangsa Johor.
Sebab saya lebih kepada reaksi di raja yg sangat terkenal prihatin dan pemurah, serta komited kepada bangsanya.
Get redi lah nk bermalam di jel.
Quote mdhelmi 1-11-2016 12:57 PM
yg aku nampak dia ni:
1. anti JDT
2. taip xguna akal
3. ingat status tu kelakar
4. tagih likes
5. berfb 24 jam
Quote Skuau 1-11-2016 01:02 PM
Aku hanya tertanya-tanya mengapa selalu sahaja ada provokasi kalo melibatkan pasukan bolasepak JDT......Mengapa pasukan lain drp Liga Super sampailah ke Liga FAM boleh 'aman-aman' aje....???????
Quote tipuware 1-11-2016 02:41 PM
Edited by tipuware at 1-11-2016 02:49 PM
Skuau replied at 1-11-2016 01:02 PM
Aku hanya tertanya-tanya mengapa selalu sahaja ada provokasi kalo melibatkan pasukan bolasepak JDT.. ...

pasal JDT off limit ok.. takleh kritik, sikit pun takleh.. serba serbi kena dipuji sentiasa.. team yg gini la lagi seronok org mengusik. siap kadang2 negeri berbeza2 pun boleh tag team nak usik.. JDT.. hati tisu.. baru kena provoke meroyan. team lain pun kena gak bahan, tapi hati rilek aje..  ni kang tak pepasal mat cangkul tak berbaju tunggu dpn rumah, camne..?
tapi twitter tu pun tak patut kaitkan dgn hal hospital terbakar/. itu melampau. kan ada jiwa yg terkorban, yang hampir2 terkorban pun ramai. tapi selebihnya, mmg jdt dan peminatnye cepat melenting


Quote Skuau 1-11-2016 02:43 PM
tipuware replied at 1-11-2016 02:41 PM
pasal JDT off limit ok.. takleh kritik, sikit pun takleh.. serba serbi kena dipuji sentiasa.. nant ...

Mat Cangkul??? Takutnya aku ....
Quote tipuware 1-11-2016 02:49 PM
Skuau replied at 1-11-2016 02:43 PM
Mat Cangkul??? Takutnya aku  ....

bukan aku kata, tapi TMJ dalam video dia dlu..
Quote liyamariska 2-11-2016 10:15 AM
bodohnya kaitkan insiden kebakaran dgn kekalahan JDT... tak pikir sensitiviti org lain....  

Quote meklalala 2-11-2016 11:46 AM
jangan usik JDT lenkali..
Quote farhana008 2-11-2016 01:21 PM
Nak membahan pun agak2lah.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.089759 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top