Seriau dan mengerikan! Seorang gadis dari London hampir cacat penglihatan apabila bola matanya nyaris terkoyak selepas cuba menanggalkan kanta lekap yang dipakai selama 10 jam.
Meabh sering memakai kanta lekap hingga 12 jam lamanya yang menyebabkan matanya kekurangan oksigen. Menurut laporan The Mirror, Meabh McHugh-Hill, 23, hampir buta selepas dia terkoyakkan lapisan kornea apabila cuba menanggalkan kanta lekap itu. Selepas hampir 10 jam memakainya, kanta lekap itu menjadi kering dan melekat pada bola matanya. Insiden itu membuat dia menderita kesakitan selama seminggu di mana matanya sangat sensitif dengan cahaya. "Ia sangat menyakitkan dan saya tak pernah rasa sesakit seperti ini.
"Penglihatan saya masih bagus, cuma mata saya menjadi sangat sensitif. "Saya bernasib baik kerana tidak buta dan saya kini sedar betapa bahayanya memakai kanta lekap jika mata tidak dilembapkan terlebih dahulu," katanya kepada The Mirror. Menurut Meabh, dalam tempoh dia kesakitan, dia hanya berehat dan tidak boleh ke mana-mana walaupun ke bilik air. Hanya sedikit cahaya dari tingkap bilik air sudah cukup membuat mata saya sangat sakit. Sebagai pengajaran dan peringatan buat semua pemakai kanta lekap, anda haruslah mengikut nasihat yang ditetapkan untuk tidak memakai kanta lekap lebih dari lapan jam. Untuk itu, ikuti 3 tips ini bagi mengurangkan risiko bahaya kanta lekap. 1. Bersihkan dan basmi kuman pada kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga dengan baik. 2. Gunakan pembersih kanta sentuh yang disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci. 3. Sebelum bersolek dan sebelum mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata. Jika mata mengalami simptom merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan segera. Adakah anda tetap akan memakai kanta lekap lebih dari masa yang diperuntukan? - CARI |
35
Bagus |
28
Marah |
25
Terkejut |
35
Sedih |
24
Lawak |
44
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mary_jane replied at 3-11-2016 12:25 PM
Kalau pakai lama memang rasa kesat je mata tu especially dalam kawasan beraircond. Pakai eye drops. ...
nut.legacy replied at 2-11-2016 09:43 PM
Mcmana dia bole tahan pakai lens x guna eyedrop smpi kering mcmtu...
hatikudus replied at 3-11-2016 04:32 AM
Tertidur kot....bilik ber aircond pulak tu...hmmm
Ipo replied at 3-11-2016 08:25 PM
dulu pernah pakai contact lens..
memang mudah kering..mata jadi merah..dah jadi macam mata garfield ...
ADVERTISEMENT