CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Harga Minyak Naik Dorong Pemuda Ini Bantu Beri Petrol Percuma RM3!

2-11-2016 07:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5468| Komen: 19|Original author: Oleh: Adib ZA


Mungkin bagi sesetengah pihak, apalah sangat dengan wang ringgit bernilai RM3.

Namun, berbeza pula dengan orang lain. Jangan sesekali kita menyamakan keadaan diri sendiri dengan orang lain. Mungkin bagi mereka RM5.00 bahkan RM3.00 sangat berharga dan membantu.


Itulah yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda atau sukarelawan yang dikenali dengan nama Freevo, mereka bertindak memberi petrol percuma kepada para penunggang motosikal.

Percuma RM3.00, itulah dana yang disalurkan buat para penunggang motorsikal di kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang.

Menerusi status di laman sosial, dapat dilihat beberapa orang ahli kumpulan Freevo itu menguar-uarkan bantuan untuk petrol percuma itu.


"Berkat sokongan family,rakan-rakan, dan org ramai kami dari FreeVo akan berada di Petronas Seksyen 18 Shah alam pada petang ini untuk berkongsi rezeki yang ada..insyaallah...bermula jam 5.30 petang insyaallah..."

"Pada yang membawa motosikal kami akan berikan petrol percuma sebanyak Rm 3.00 untuk satu motosikal...kami berharap agar anda semua menwar2kan pada mereka yg kurang kemampuan, student, dan pada sesiapa sahaja untuk datang bertemu kami....jumpa petang ini.."

Begitulah antara maklumat yang diberikan oleh ahli kumpulan sukarelawan terbabit yang bernama Bubu Fitrie.

Difahamkan, Freevo mula bergerak aktif minggu ini selepas pengumuman kenaikan harga petrol untuk bulan November. 

Menurut ketua kumpulan atau pengasasnya, Zurianty Sudin, 34 kumpulannya itu tidak terikat dengan mana-mana parti kerana ia merupakan wang mereka sendiri. 

"Saya tidak kisah apa pun orang nak cakap, pada kami usaha kecil ini mungkin cukup besar di hati orang lain dan sesiapa saja boleh berbuat baik kepada orang lain," ujarnya menerusi satu temubual bersama Harian Metro. 



Apa yang penting ialah keinginan untuk membantu meringankan beban orang lain, dan usaha ini seharusnya dipuji dan memberi inspirasi kepada orang lain. Jumlahnya yang kecil bukan satu ukuran atau masalah, bukankah ada pepatah mengatakan "Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit"? - CARI 




15

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 2-11-2016 08:27 PM
Rm5 tu blh pergi brp km.....
Quote ReginaBeauty 2-11-2016 08:37 PM
The amount maybe not that much, but most importantly you guys for sure made their day.

Good job. Salute.
Quote gigahertz 2-11-2016 09:56 PM
jazaa100 replied at 2-11-2016 12:27 PM
Rm5 tu blh pergi brp km.....

kalau isi dari selayang rm5 boleh smpai ke klang bukit raja one way
Quote Artemesiaa 2-11-2016 10:14 PM
Usaha yang boleh diberi pujian
Quote seramado 2-11-2016 10:19 PM
Usaha yg sgt murni
Quote zie_indah 2-11-2016 10:39 PM
....tahniah atas usha anda
Quote irlene_hana 2-11-2016 10:57 PM
4 hinggit moto aku leh tahan 2 hari g balik sel -kl. Huhu.. syabas atas usaha2 korang.
Quote MekArchana 3-11-2016 12:48 AM
Tahniah dan syabas atas usaha kalian.
Quote crystel 3-11-2016 01:14 AM
Untuk kereta ada?? Kot ada rezki kami plak kaaa
Quote woo6466 3-11-2016 01:51 AM
good job, thank you
Quote rosasen 3-11-2016 11:48 AM
Alhamdulillah tahniah...
Quote Mary_jane 3-11-2016 12:16 PM
Terima kasih banyak2. Usaha yang baik. Teruskan.
Quote jazaa100 3-11-2016 12:17 PM
gigahertz replied at 2-11-2016 09:56 PM
kalau isi dari selayang rm5 boleh smpai ke klang bukit raja one way

Oooo....okay lah kan...

Berbaloi sgt-sgt....

Quote chinta89 3-11-2016 12:32 PM
komen jibby?
Quote -electrifying- 3-11-2016 02:16 PM
sebelum hrge mnyak naik, 5 hingget ckup 5 hari tuk aku pergi balik kerja. dr ampang ke kl...
blan ni aku xtaw la, xisi lgi
Quote batmana 3-11-2016 02:36 PM
patutnya tokey stesyen minyak yang buat gitu.
sehari  bole dpt belas ribu RM. pe salahnya sedekah sket cmni.

Quote missinpiece 3-11-2016 04:49 PM
Kalo utk keta wat mcm ni msti ramai set2 bwk myvi sportrim cantik yg dtg beratur
Quote cik-jaja 3-11-2016 06:50 PM
bagus2 nk jgk 3 hengget tu..tp naik keta la plk
Quote Sakurahana 4-11-2016 10:44 AM
Murni sungguh hati diorang ni.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045936 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top