CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kagum! Pramugari Isi Masa Lapang Dengan Berlatih Tulisan Jawi

7-11-2016 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12295| Komen: 27|Original author: Oleh: Myra Rozi

Macam-macam cara nak mengisi masa lapang semasa berada di dalam pesawat dan bagi pramugari ini, dia memilih untuk mengasah skil penulisannya dalam bahasa Jawi.

Anna Jimenez, yang bekerja untuk syarikat penerbangan Air Asia akan memastikan semua penumpang dalam pesawat sudah selesa dan berehat dengan tenang dahulu sebelum memulakan draf penulisannya.


Sumber Foto: FB Anna Jimenez

Selepas selesai, Anna akan memuat naiknya ke akaun Facebook miliknya untuk mendapatkan pandangan ramai tentang kemajuan dirinya dalam penulisan Jawi.

Apa yang lebih menarik, Anna akan meminta pengikut dan rakan-rakannya untuk membuat transkrip penulisan Jawi yang ditulisnya itu ke dalam tulisan Rumi.



Bukan sahaja untuk menilai adakah penulisannya itu betul berkualiti dan boleh difahami, Anna turut menawarkan ganjaran bagi mereka yang boleh menterjemahkannya dengat tepat dan pantas.

Hadiah tersebut merupakan sebuah Photobook yang bernilai sebanyak RM90.

Rata-rata netizen memuji usahanya dalam memartabatkan tulisan Jawi yang sekarang ini semakin dilupakan.


Difahamkan apa yang ditulis Anna adalah skrip biasa yang disampaikan oleh juruterbang syarikat penerbangan sebelum pesawat berlepas.

Pramugari itu juga turut berjinak-jinak dengan seni tulisan khat dan selalu menggunakan aplikasi dalam iPad untuk mengasah bakatnya.



Semoga lebih ramai lagi orang seperti Anna yang mempunyai hobi yang sangat bagus seperti ini untuk mengisi masa terluang yang ada.

Bak kata pepatah, "Masa Itu Emas". Jangan gunakan waktu anda dengan sesuatu yang sia-sia kerana masa yang pergi tidak akan kembali lagi. Tak begitu? -CARI
28

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
23

Sedih
34

Lawak
42

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 7-11-2016 01:58 PM
bagus...nak tulis diari pun bole guna tulisan jawi,agak selamat
Quote intanumbrella 7-11-2016 02:08 PM
luls ni pun nak kecoh ? berlambak lagi kot yang bangsa lain pandai tulis bahasa lain..
Quote Artemesiaa 7-11-2016 02:45 PM
Wah menarik zaman sekarang tak ramai yang pandai tulis guna huruf jawi
Quote cmf_Kimmy 7-11-2016 02:57 PM
alhamdulillah aku dpt baca apa yg ditulis, walaupun perlahan2, cuma nak tulis tu agak merangkak....

di ni lebih bagus dari aku......malunya.
Quote lilyuft 7-11-2016 03:19 PM
Bagusnya, dh lama tak tulis jawi tapi boleh lah baca ayat2 tu
Quote nononcrux 7-11-2016 03:33 PM
ak pon kenkadang suka tulis jawi sbb nak asah balik penulisan tu .. dlu-dlu pernah masuk pertandingan tulis khad tapi tak menang pon .. best la tulis jawi ni
Quote -electrifying- 7-11-2016 03:36 PM
xramai dh taw tulis jawi... baca pon kdg2 merangkak...
aku ok lagi la... hehe jawi lama jela yg ssh skit
Quote seramado 7-11-2016 03:53 PM
Ha bgs la bkn semua reti.jawi skrg
Quote gigahertz 7-11-2016 06:35 PM
-electrifying- replied at 7-11-2016 07:36 AM
xramai dh taw tulis jawi... baca pon kdg2 merangkak...
aku ok lagi la... hehe jawi lama jela yg ssh ...

kalau buat niaga kedai letak tulisan jawi sale naik 100%. .

jawi=islam  
Quote siskepoh 7-11-2016 06:39 PM
bagosnya sheols ni.boleh buat contoh
Quote weirdwaniey 7-11-2016 07:43 PM
Kwn2 non muslim aku pn ramai jugak yg berminat dgn tulisan jawi ni
Quote Nt-ViruS 7-11-2016 08:06 PM
damn nice, aku nk bace tue boleh nak tulis failed.
Quote AbukRokok 7-11-2016 08:36 PM
dia duk kota kinabalu ke
Quote mujer_in_espejo 7-11-2016 08:49 PM
mati2 aku baca arab kat pic last tu
rupa2nya nama dia "ana" tu kan mksudnya "saya"

'ana jimnez ke kota kinabalu"
ma hua jimnes?
baca balik, rupanya nama dia.
Quote cik-jaja 7-11-2016 09:41 PM
dah lama xmenulis jawi
Quote -electrifying- 8-11-2016 09:01 AM
gigahertz replied at 7-11-2016 06:35 PM
kalau buat niaga kedai letak tulisan jawi sale naik 100%.  .

jawi=islam

hehe... rezki masing2 sis
Quote irwansuhadi 8-11-2016 09:18 AM
Seperti biasa....benda baik pun ada haters gak....pftttt....
Quote miemiecha 8-11-2016 11:26 AM
tahniah n kipidap.. xsemua mampu nulis jawi camni...
Quote chinta89 8-11-2016 01:42 PM
tulisan jawi dia cantik

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.058717 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top