Khabar angin berlaku kebocoran kertas soalan Sejarah 2 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang berlangsung pada Rabu dinafikan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
"Dakwaan itu tidak benar," nafi Datuk P. Kamalanathan kepada mStar Online. Dalam masa sama, dia turut menasihati rakyat supaya tidak mudah percaya dengan sebarang penyebaran mesej palsu. Sebelum itu, seorang netizen, Faiz Daong, menyebarkan satu mesej melalui akaun Twitter menyatakan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM perlu mengambil semula subjek Sejarah 2 kerana berlaku kebocoran pada soalan tersebut.
"Soalan #sejarahspm bocor? Habisla budak-budak SPM kena repeat semula paper," katanya. Malah, dia turut mendakwa bahawa kebocoran soalan membabitkan mata pelajaran itu akan disiasat. "Mungkin ada pihak yang akan buat laporan polis. Setiap tahun ada saja pihak tidak bertanggungjawab buat onar," katanya. Bagaimanapun, Faiz Daong menafikan bertanggungjawab memviralkan isu kebocoran kertas soalan Sejarah 2. - CARI
|
3
Bagus |
5
Marah |
18
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MamaMima711 replied at 9-11-2016 08:28 PM
Anak murid aku dh mental td bila dgr berita ni.dh la dorang kata soalan susah..sib baik tipu je..x b ...
ADVERTISEMENT