Anda menggemari makanan barat? Gemar menikmati kentang goreng dengan mayonis atau menyediakan salad? Mayonis memang menu wajib dalam kebanyakan masakan barat. Malah, kini masakan tempatan pun sedap dicicah dengan mayonis seperti keropok lekor, telur dadar dan sebagainya.
Apa kata kali ini anda sediakan sahaja sendiri mayonis di rumah. Kan lebih jimat dan juga lebih sedap! Tak tahu caranya, boleh semak resipi di bawah! Resipi Mayonis 1 Bahan-bahan 3 biji kuning telur 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil gula 1 1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar perahan lemon 1 sudu kecil serbuk mustard Cara-caranya: 1. Dalam pengisar, satukan kuning telur, gula, garam dan mustard. Pukul sederhana laju. 2. Tuangkan secawan minyak dan kisar lagi. Kemudian tuangkan lebihan minyak dan kisar lagi sehingga adunan likat. 3. Masukkan dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk. Ia tahan sehingga 2 minggu. Resipi Mayonis 2 Bahan-bahan 1 cawan minyak jagung 1 biji kuning telur 1 biji putih telur 1/2 sudu kecil gula 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil paprika 3 sudu besar jus lemon Cara-caranya: 1. Satukan kuning telur, jus lemon, paprika, garam dan gula serta satu sudu minyak. 2. Pukul sebati. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan putih telur. Kacau lagi sehingga likat. - CARI Kredit resipi: Halisor.blogspot.my |
15
Bagus |
30
Marah |
22
Terkejut |
6
Sedih |
30
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hatikudus replied at 10-11-2016 01:36 PM
Wow boleh try ni. Nak try resepi no 2, yg no 1 tu byk sangat guna minyak. Sayang myk aku woiii dahla ...
kurga replied at 14-11-2016 01:51 PM
resepi no. 2 tu ..kenapa dia x kata je sebiji telur...? ini dia kata sebiji kuning telur dan sebiji ...
CikNia replied at 15-11-2016 09:42 AM
mungkin sbb xnak campurkn dua2 mse kacau awal2 bg sebati..sbb last br masukkan putih telur..
cik-jaja replied at 10-11-2016 06:29 PM
kalau yang mcm Kewpie roasted sesame dressing tu ada resepi dia x
MekArchana replied at 15-11-2016 11:56 PM
Nak tanya,mayonis brand Kewpie tu memang sedap ye? Saya tak pernah cuba lagi.
ADVERTISEMENT