Selama ini mungkin susu sering dikaitkan sebagai sumber kalsium yang membantu mengelakkan atau mengatasi osteoporosis. Namun, tahukah anda dengan mengambil buah plum kering atau turut dikenali dengan nama prune juga, ia sangat membantu kesihatan tulang?
Ya, mungkin fakta ini kurang didengari namun di Barat, buah prune memang banyak diambil untuk perawatan osteoporosis dan penjagaan kesihatan tulang. Menarik, bukan? Antara paparan terawal mengenai kehebatan buah prune sebagai penawar osteoporosis telah diterbitkan pada 2001 dalam Journal of the American College of Nutrition. Berita baiknya, prune bukan sahaja sangat baik untuk tulang, ia juga mampu membekalkan serat yang menurunkan kolesterol, merendahkan risiko diabetes dan membantu menurunkan berat badan. Wow!
Malah, prune sangat baik sebagai sumber tenaga, mengandungi pottasium dan antioksidan yang membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Jadi, bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana pula buah prune ini dikatakan baik untuk kesihatan tulang? Kajian terbaharu dari Florida State University mengesyorkan prune dijadikan makanan untuk mengelakkan masalah tulang dan osteroporosis terutama di kalangan wanita yang telah menopaus. Malah, ia dikatakan mampu menjadi alternatif kepada rawatan yang menggunakan ubat-ubatan buat wanita 50 tahun ke atas yang menderita osteoporosis. Ini kerana prune mengandungi sumber phenoic dan juga flavonoid yang bertindak melawan masalah tulang secara berkesan dan semula jadi. Mendengarkan berita ini pastinya membuatkan anda boleh menarik nafas lega kerana mendapatkan buah prune bukan masalah pun di sekitar kita kan? Ayuh, bolehlah amalkan buah tersebut mulai hari ini! - CARI |
11
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miszclassique replied at 10-11-2016 03:23 PM
Selalu kt supermarket ada tak buah ni? Kalau betul boleh try ni sbb tak suka susu
mokcikKSKB replied at 10-11-2016 04:08 PM
Ada uols.yg dried prune sunsweet tu..
WhiskeyScotch replied at 11-11-2016 12:41 AM
Dah lama tak makan pruneee.
nononcrux replied at 11-11-2016 04:18 PM
tu ari bli prune tak abis .. busuk gitu je .. syg btl
nononcrux replied at 11-11-2016 04:18 PM
tu ari bli prune tak abis .. busuk gitu je .. syg btl
-electrifying- replied at 11-11-2016 04:51 PM
Sygnyeeeee... bazir gitu je...
ADVERTISEMENT