Tahniah buat beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis mereka kini bergelar beregu nombor satu dunia.
Bernama melaporkan, BWF yang mengemas kini ranking dunia terbaru itu menunjukkan V Shem dan Wee Kiong mengumpul 71,297 mata diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 dan beregu Denmark di tempat ketiga Mathias Boe/Carsten Mogensen (67,534). Selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Okt lepas. Menurut laman web http://www.bwfbadminton.org, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata.- CARI
|
20
Bagus |
20
Marah |
12
Terkejut |
15
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zidane_ziege replied at 10-11-2016 09:59 PM
asyik no 1 dunia tapi nan hado menang yg pertandingan berprestij..
axl_bach replied at 10-11-2016 11:01 PM
Dorg naik automatik sbb beregu no. 1 dari Korea kan dah retired....
Ikutkan point dlm website ...
alya_daniela replied at 10-11-2016 11:14 PM
yang resign tu beregu yang hensem tu ke
axl_bach replied at 10-11-2016 11:55 PM
Ntah lah hemsen ke idok, tp yg no1 tu laa
ADVERTISEMENT