Kerajaan Filipina setuju membenarkan pasukan keselamatan Malaysia dan Indonesia yang memburu dan mengejar kumpulan penculik dan pengganas untuk memasuki sempadan perairan negara berkenaan.
Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan rasmi Presiden Filipina Rodrigo Duterte ke negara kita. Perdana Menteri berkata persetujuan itu dicapai pada mesyuarat dua hala antara beliau dengan Presiden Filipina kelmarin. Tegas beliau ia satu perkembangan baharu bagi menangani isu penculikan warga tempatan terutama di Sabah yang didalangi kumpulan culik untuk tebusan yang semakin membimbangkan. "Berikutan itu menteri pertahanan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina akan bermesyuarat pada 22 November ini di Vientiane, Laos, bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek perundangan sebelum ia dapat dilaksanakan."
Sehingga kini 10 kes penculikan membabitkan warga Malaysia dilaporkan dengan lima daripada mangsa masih dalam tahanan kumpulan penculik berkenaan.- CARI |
7
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dcruins replied at 11-11-2016 10:18 AM
Kalau Selatan Filipina ni aman, pulau2 kat sana tuuu cantik gilerrrr setanding dengan yg ada kat Pal ...
ADVERTISEMENT