Fan Xiaoqin, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikatakan berwajah mirip Jack Ma berjaya menarik perhatian pengasas Kumpulan Alibaba tersebut.
Memetik laporan China Daily, kanak-kanak tersebut tinggal di Yongfeng County yang terletak dalam wilayah Jiangxi di Timur China dan difahamkan kehidupan keluarganya agak daif apabila ibunya menghidap penyakit polio manakala bapanya hilang kedua-dua belah kaki. Sementara itu, nenek Fan Xiaoqin pula menghidap penyakit Alzheimer, lapor jxnews.com.cn pada 13 November lalu. Selepas penduduk kampung memuat naik videonya secara dalam talian pada 2015, kanak-kanak tersebut terus menjadi popular dan viral di laman media sosial dengan gelaran "Mini Jack Ma".
Sekali lagi, video tersebut berjaya memenangi hati netizen yang menyarankan Jack Mac supaya membantu Fan Xiaoqin. Tidak lama kemudian, video itu mendapat perhatian Jack Ma dan beliau melihat persamaan antara dirinya dengan kanak-kanak lelaki itu. Pada minggu lalu, Jack Ma mengumumkan beliau akan menyara persekolahan Fan Xiaoqin sehingga dia menamatkan pengajian dari universiti.- CARI |
14
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT