CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kajian: Jangan Cuci Mug Anda Di Pejabat, Ini Sebabnya!

15-11-2016 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9511| Komen: 42|Original author: Oleh: Adib ZA


Agaknya anda jenis yang mana: sentiasa pastikan mug di pejabat sentiasa dicuci atau suka 'peram' mug anda dan dibiarkan tak bercuci? 


Fakta yang satu ini mungkin menyebabkan anda terkejut dan rasa 'annoying' namun itulah kebenarannya. Menurut satu laporan dalam Wall Street Journal, sebenarnya tidak mencuci mug bukan satu kesalahan atau menampakkan anda pengotor. Malah ia dianggap satu perbuatan yang wajar dan juga OK! Mengapa pula?


Sebenarnya, mencuci mug di pejabat adalah satu tindakan yang paling tidak bersih. Ini kerana anda akan berkongsi span pencuci dengan ramai pengguna lain di situ. 

"Span di pantri pejabat adalah benda yang paling banyak kuman, berbanding barangan lain di pejabat," petik Nymag. 


Malah, mencuci dan menggosok mug anda menggunakan span di pejabat, boleh menyebabkan kuman daripada orang lain berjangkit kepada anda!

Oleh itu, anda tak perlu mencuci mug anda sekiranya:

1. Asalkan anda tidak berkongsi mug tersebut dengan orang lain di pejabat

2. Asalkan mug anda tidak berkulat dan berbau busuk.

Foto: Carian google
Bagaimanapun, masih sukar terima fakta mug tak perlu dicuci kan? Jika anda masih ingin mencuci mug anda di pejabat, cukup dengan membilasnya dengan air panas. 

Atau jika masih mahu juga mencucinya, gunakan span pencuci anda sendiri atau 'panaskan' seketika span dalam ketuhar gelombang mikro! - CARI 

13

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
27

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 15-11-2016 04:35 PM
apa beza dengan span kat rumah yang cuci kuali periuk pinggan cawan bagai tu..
sama je kotornya.. kan ada sabun bagai..
Quote Star_el 15-11-2016 04:36 PM
kalau tak cuci letak kt meja sendiri je tahan lagi, ni yg jenis biar berceretek kat sinki tu buat sakit hati je, kacau org nk guna sinki.
Quote zulka 15-11-2016 04:37 PM
mcm tau2 je aku tgh pegang mug berisi nes O
Quote WhiskeyScotch 15-11-2016 04:40 PM
Basuh je juga. Bilas dengan air sampai bersih kalau takut sangat nak guna span tu.

Quote missinpiece 15-11-2016 04:47 PM
Basuh ngn sabun n bilas je. Xyah bsepan bagai. Bukan bminyak pon. Tu alasan org malas :zz
Quote -electrifying- 15-11-2016 04:48 PM
prettyuglybabe replied at 15-11-2016 04:35 PM
apa beza dengan span kat rumah yang cuci kuali periuk pinggan cawan bagai tu..
sama je kotornya.. k ...

dikhuatiri kuman2 org lain yg mggunakan span tu berjngkit dkt kite sis
Quote CardiGans85 15-11-2016 04:50 PM
Sy ttp basuh ngn sabun tanpa span..lgpun sendiri guna..x bole la bsh lalu kt air saje tanpa sabun..
Quote Star_el 15-11-2016 04:51 PM
missinpiece replied at 15-11-2016 04:47 PM
Basuh ngn sabun n bilas je. Xyah bsepan bagai. Bukan bminyak pon. Tu alasan org malas :zz

ntahnya, gosok2 sikit dgn jari pun bole, bukan kotor mana.
Quote prettyuglybabe 15-11-2016 05:04 PM
-electrifying- replied at 15-11-2016 04:48 PM
dikhuatiri kuman2 org lain yg mggunakan span tu berjngkit dkt kite sis

iols opis tak ramai.. 3 ketul jah manusia yg ada
Quote zulka 15-11-2016 05:04 PM
Star_el replied at 15-11-2016 04:51 PM
ntahnya, gosok2 sikit dgn jari pun bole, bukan kotor mana.

gosok2 guna jari..
terimagine lain plak..
Quote zulka 15-11-2016 05:04 PM
prettyuglybabe replied at 15-11-2016 05:04 PM
iols opis tak ramai.. 3 ketul jah manusia yg ada

aku punya lebih sket... 4 org
Quote prettyuglybabe 15-11-2016 05:08 PM
zulka replied at 15-11-2016 05:04 PM
aku punya lebih sket... 4 org

heaven tang kebersihan je la bila ofis tak ramai..
yang boring mcm rumah mayat..
aku tengok ko, ko tengok aku

Quote -electrifying- 15-11-2016 05:09 PM
prettyuglybabe replied at 15-11-2016 05:04 PM
iols opis tak ramai.. 3 ketul jah manusia yg ada

waa bestnya sis! opis me almost 80ppl... mcm2 ragam... bygkan la smpai boleh sumbat sinki, kepala paip smpai boleh berpusing2
Quote zulka 15-11-2016 05:15 PM
prettyuglybabe replied at 15-11-2016 05:08 PM
heaven tang kebersihan je la bila ofis tak ramai..
yang boring mcm rumah mayat..
aku tengok ko,  ...

tautakpe..nk cutipun payah
Quote prettyuglybabe 15-11-2016 05:16 PM
-electrifying- replied at 15-11-2016 05:09 PM
waa bestnya sis! opis me almost 80ppl... mcm2 ragam... bygkan la smpai boleh sumbat sinki, kepala  ...

tang kepala paip pusing tu, walaupun 3 ketul, berlaku jugak kat opis ni..
mungkin yang memusing tu keturunan hercules
Quote Star_el 15-11-2016 05:18 PM
zulka replied at 15-11-2016 05:04 PM
gosok2 guna jari..  
terimagine lain plak..

Apekah?
Takde maksud lain ye
Quote -electrifying- 15-11-2016 05:19 PM
prettyuglybabe replied at 15-11-2016 05:16 PM
tang kepala paip pusing tu, walaupun 3 ketul, berlaku jugak kat opis ni..
mungkin yang memusing t ...

mgkin atau pon keturunan teori ch darwin
Quote prettyuglybabe 15-11-2016 05:22 PM
-electrifying- replied at 15-11-2016 05:19 PM
mgkin atau pon keturunan teori ch darwin

hahahaha... ingatkan keturunan tu suka bunga
Quote ocho 15-11-2016 05:32 PM
aku basuh pakai sabun and letak kat tissue. Biasa pantry ada sedia tissue,  so picit sunlight sikit kat tissue and gosok seperti biasa ... mmg ada span, tapi mcm2 umat pakai .. xselera den .. .

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.140847 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top