CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kelantan Culik Bayi, Disyaki Akibat Dari Kemurungan

17-11-2016 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8377| Komen: 61

Sumber Foto: Berita Harian

Seorang wanita murung yang menculik seorang bayi perempuan dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah di sini bersama suaminya semalam masih berlagak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku apabila kediamannya diserbu polis di Kelantan.

Wanita yang keguguran cahaya mata pertamanya Jun lalu mengatakan kepada polis, "Bayi mama tidur atas katil dalam bilik."

Melihat keadaannya yang tidak terurus, pihak polis telah memujuk suspek dan suaminya yang tinggal di Alor Hijau Bukit Tanah, Selising, Pasir Puteh untuk membawa bayi berkenaan ke balai polis untuk tujuan pengecaman identiti dan siasatan lanjut.

Menurut laporan Utusan Online, pasangan terbabit telah menculik bayi terbabit dengan berpura-pura menjadi ibu bapa dan memperdayakan jururawat yang bertugas.

Beberapa hari sebelumnya, suspek yang berusia 23 tahun itu didapati berlegar-legar di kawasan wad tersebut dan berpura-pura seperti baru melahirkan anak.

Sumber Foto: Utusan Online
“Pemeriksaan dengan pihak hospital mendapati wanita tersebut tidak mempunyai sebarang rekod melahirkan bayi pada hari kejadian sebaliknya pernah keguguran pada bulan Jun lalu. Melalui proses pengecaman kami mendapati bayi dalam jagaan mereka itu adalah mangsa culik,” kata Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad.

Polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek bertindak demikian kerana kemurungan selepas kehilangan bayi mereka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik- CARI
28

Bagus
33

Marah
25

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zameyla 17-11-2016 11:20 AM
alahai....tak tau nak kesian ke apa....
Quote missDollie 17-11-2016 11:22 AM
Macam mana nak rawat post partum depression ni ye..?
Quote nononcrux 17-11-2016 11:25 AM
yang ade baby sanggup buang dlm semak yang takde baby pulak sanggup menculik, eh pelik la manusia zmn 20k ni
Quote Bell 17-11-2016 11:26 AM
Umur masih muda. Buat lagi. I pun lama tunggu baby....
Quote callance 17-11-2016 11:37 AM
muda lagi kot.. kene usaha lebih..
Quote aldilla_zahraa 17-11-2016 11:42 AM
missDollie replied at 17-11-2016 11:22 AM
Macam mana nak rawat post partum depression ni ye..?

Medication. Dan kaunseling
Quote missDollie 17-11-2016 11:45 AM
aldilla_zahraa replied at 17-11-2016 03:42 AM
Medication. Dan kaunseling

Owh kena makan ubat juga ye..husband pun kena juga ke camne..? Ke husband terlalu ikut isteri?
Quote nuralisa 17-11-2016 11:49 AM
itulakan... kesian jugak...
dorg nampak ok jer.. husband pun nampak hensem..
tpi ada masalah kemurugan...
Quote pocongkiutss 17-11-2016 11:50 AM
Kesiannya..sabar dik..awak muda lagi..ramai lagi yg lebih tua..kawin lama n xde rezeki lagi
Quote LadyDiddy 17-11-2016 11:50 AM
haih kesiannya....
muda lagi dik, inshaallah ada rezeki masa akan datang
but husband pun sama kemurungan ke?

mudah-mudahan family pasangan ni boleh bantu...bawak pegi berubat and so on
kesian muda2 dah depression macam ni
Quote aldilla_zahraa 17-11-2016 12:18 PM
missDollie replied at 17-11-2016 11:45 AM
Owh kena makan ubat juga ye..husband pun kena juga ke camne..? Ke husband terlalu ikut isteri?

Faktor dia banyak. Preexisting condition contohnya. Keluarga kena sokong, kalau boleh kena kaunseling sekali supaya boleh faham apa yang org menderita ppd ni alami
Quote teen_angelJB 17-11-2016 01:24 PM
zameyla replied at 17-11-2016 11:20 AM
alahai....tak tau nak kesian ke apa....

Tu la kan..
Mula mcm nk marah..
Tp lepas dgr cmni.. Mcm kesian pun ada
Quote winamp05 17-11-2016 01:25 PM
missDollie replied at 17-11-2016 11:22 AM
Macam mana nak rawat post partum depression ni ye..?

Cari agama..... maka terawatlah penyakit hati murung. Kalau dididik dalam hati semua takdir Allah tetapkan tak de la muring. Solat jangan tinggal supaya setan tak dekat.  
Quote shernazz 17-11-2016 01:37 PM
ke mulut mak.joyah bedah semua dok prrssure budak ni?
kalau btol la orang keliling hina dia sampai sanggup menculik..salahkan depa....
Quote suriamir 17-11-2016 01:37 PM
Alhamdulillah.... minta dilindungi allah sy dari menjadi sperti ini....

Mudah2an sy kuat n tabah dgn segala ujian.....
Quote gujiwa 17-11-2016 01:38 PM
sabar la dik oiii.. muda lagi dik.. TTC lagi.. insha-Allah ada rezeki...

Quote krustykrab 17-11-2016 01:42 PM
Husb tu pun murung sekali ke
Quote jiji85 17-11-2016 01:43 PM
takutnya lahai dah mcm dlm drama yindon saja kes ni..simpati juga tp still young..adakah suspek ni terbawa2 perasaan tu yg jd mcm ni?tp kwn aku cakapla dia pnh keguguran masa hamil dia pg spetal gov juz bagi panadol je..lamak jugala then dia pg klinik berbayar cek la kantung rahim msh ada lebih2 an tu yg x lekat2 dokt cakap..aku pun x tahu nak explain then dokto sana cuci now dia dah ada lelaki comel umr 1yr..plus kwn aku tu pantang makan mcm org branak even dia juz keguguran..emosi keguguran sama mcm beranak juga kot mst d jaga.
Quote jiji85 17-11-2016 01:43 PM
takutnya lahai dah mcm dlm drama yindon saja kes ni..simpati juga tp still young..adakah suspek ni terbawa2 perasaan tu yg jd mcm ni?tp kwn aku cakapla dia pnh keguguran masa hamil dia pg spetal gov juz bagi panadol je..lamak jugala then dia pg klinik berbayar cek la kantung rahim msh ada lebih2 an tu yg x lekat2 dokt cakap..aku pun x tahu nak explain then dokto sana cuci now dia dah ada lelaki comel umr 1yr..plus kwn aku tu pantang makan mcm org branak even dia juz keguguran..emosi keguguran sama mcm beranak juga kot mst d jaga.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.052532 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top