CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menipu Dan Menyamar, 'Sultan Melaka' Dicekup Polis

17-11-2016 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8940| Komen: 60

Individu yang menyamar dengan menggunakan gelaran Sultan Melaka, Noor Jan Tuah, 59 mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Dia dituduh atas 4 kesalahan berasingan kerana menipu empat orang lelaki dan didakwa mengadakan istiadat penyerahan surat pelantikan dirinya sebagai Sultan Melaka walhal ia bukanlah identiti sebenarnya.

Memetik laporan Harian Metro, Noor Jan dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada majlis istiadat di A'Famosa Resort Melaka, jam 10 malam, 28 Disember 2013.

Sumber: Harian Metro
Kes dibicarakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar dan Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan kerana menganggap kesalahan dilakukan tertuduh sebagai serius.


Walau bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Surjan Singh Sidhu memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama bermula daripada awal siasatan kes dilakukan polis.

Ahmad Sazali kemudian menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan 21 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. -CARI

19

Bagus
21

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wana89 17-11-2016 12:46 PM
Heol ni memang kelakar
Quote intan_smsb 17-11-2016 12:55 PM
yang ni ke dlm fb letak sultan melaka tu?
Quote sara_thrash 17-11-2016 12:57 PM
dia ni mmg lawak.. sengal2 ubi gitu
Quote whadda 17-11-2016 01:00 PM
penah bace mane ntah page fb tu troll je kan.. bukan die pon
Quote OmJualGas 17-11-2016 01:05 PM
Edited by OmJualGas at 17-11-2016 01:07 PM

Ampun tuanku, om datang jual gas.
Quote asyriqa 17-11-2016 01:08 PM
Ala kesian la plak..tp dia mmg kelakarlah
Quote mamapea 17-11-2016 01:23 PM
page dia tu troll ke atau mmg dia btl?
Quote protonpersona 17-11-2016 01:26 PM
Amporn tuanku
Quote ira79 17-11-2016 01:27 PM
kena cek FB ada update ke tak..

cuma muka dlm FB ngan yg kena tangkap nih sama la
Quote gujiwa 17-11-2016 01:27 PM
ha ah.. page tu bukan troll aje ke?
Quote shernazz 17-11-2016 01:30 PM
mohon nurul izzah melawat tongku pls
Quote MyNameIsIris 17-11-2016 01:32 PM
Alahaiii sotan pujaan aku ni kena cekup pulakkk
Quote matamata 17-11-2016 01:39 PM
Kena tangkap , bicara....siasat...silap2 mmg betul2 keturunan sultan muzaffar
Quote krustykrab 17-11-2016 01:41 PM
Konpiden jemuka tu
Quote bangcak 17-11-2016 01:41 PM
skang nih zaman
penyangak disanjung
sultan ditangkap.
Quote fox. 17-11-2016 01:42 PM

mana lagi kelakar dia ke wak maslan?
Quote gigahertz 17-11-2016 01:49 PM
matamata replied at 17-11-2016 05:39 AM
Kena tangkap , bicara....siasat...silap2 mmg betul2 keturunan sultan muzaffar

kena buat ujian darah.kalau darah merah manusia biasa.
Quote ifanonline 17-11-2016 01:55 PM
download tongku...funny as hell this person...
Quote geenie 17-11-2016 02:08 PM
Sultan Melaka
15 mins ·
Jilake betul dalam jail laju pulak line telepon ni. Celtum ni mmg dikhaskan untuk penjara jer ke hawau..?
#BetaIsBetter

page troll nih. kompem

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.107460 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top