Kerang memang diminati ramai terutama kerang rebus atau kerang bakar. Pasti ralit makan sehingga tak ingat dunia.
Namun, nak makan kerang ni ada cabarannya iaitu cara nak membersihkannya. Kalau tak betul cucinya ataupun tak cuci sebersih-bersihnya, memang banyak lagi lah kerang yang masih berlumpur. Sebenarnya, ada beberapa cara mudah untuk mencuci kerang ni. Mari lihat apa dia caranya: 1. Pelepah pisang Basuh dahulu kerang di bawah air mengalir bagi membuang pasir. Kemudian, masukkan kerang ke dalam bekas bersesuaian. Selepas itu, sental je kerang dengan pelepah pisang dan sedikit daunnya.
2. Garam dan ais Rendam kerang dalam air yang dicampur ais dan garam sambil mencucinya dengan teliti. Garam berfungsi menanggalkan kotoran pada kerang selain mematikan racun dan bakteria. Selepas dicuci, bilas sekali lagi dengan air bersih. 3. Serai Tumbuk kasar beberapa batang serai dan rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan dan biarkan selama 10 minit sebelum ditoskan. Gerenti kulit kerang akan lebih bersih. 4. Daun ubi atau daun betik Sama seperti pelepah pisang kaedahnya, hanya perlu diramas bersama. 5. Hampas kelapa Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan jadi putih berseri-seri. 6. Air beras Cara ini sangat mudah! Hanya rendam dalam air beras untuk bersihkan kerang. 7. Asam keping Rendam kerang dalam air yang dimasukkan asam keping dan dibiarkan dalam setengah jam. Kulit kerang akan menjadi putih bersih. Mudah sahaja kan? Selepas ini, boleh la cuba cara yang ditunjukkan itu di rumah ya. - CARI
|
8
Bagus |
11
Marah |
13
Terkejut |
15
Sedih |
7
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
uori replied at 17-11-2016 04:34 PM
minggu lepas makan kerang bakar hangit kat bagan lalang
babyleo68 replied at 17-11-2016 10:24 PM
Sedap ke makan kerang bakar hangit uolls? my favorite kerang bakar ni
uori replied at 18-11-2016 08:33 AM
kalo dah rentung isi sampai kecut cinonet tu,
memang mendatangkan kemarahan lahh :h ...
babyleo68 replied at 18-11-2016 02:27 PM
Nape tak bakar hidung tukang bakar kerang tu? Pantang tau mood nak enjoy makan kerang bakar hang u ...
ADVERTISEMENT