Walaupun kelihatan tidak bermaya kerana menghidap penyakit kanser kelenjar darah atau limfoma namun ia tidak menghalang seorang pelajar tahun enam, Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.
Memetik laporan Bernama, murid perempuan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas itu sebelum ini menjawab soalan peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas menerima rawatan sejak September lalu. Menurut ibunya, Ani Harun, 48, berat badan anak bongsu daripada empat beradik itu kian susut sehingga 28.5 kilogram (kg) berbanding 44kg sebelum ini. “Sebelum ini, dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, namun selepas bulan Ramadan baru-baru ini, saya mula melihat perubahannya dari segi berat badan kerana dia kelihatan tidak bermaya dan tiada selera makan." “Melihat keadaannya, saya dan suami telah membawanya ke beberapa buah klinik termasuk klinik pakar sebelum dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut.” - CARI
|
20
Bagus |
29
Marah |
34
Terkejut |
33
Sedih |
23
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
asyriqa replied at 18-11-2016 12:10 PM
Ya Allah...sembuhkanlah penyakit adik ni...tahniah dik
uori replied at 18-11-2016 12:01 PM
tahniah dikk
Wal..Hal replied at 18-11-2016 12:49 PM
Nak tahniah ke takziah,akak serba salah,ape2 pun syukurla dgn kejayyaan adik adibah smg pjg umur s ...
ADVERTISEMENT