CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempa Bumi Paling Besar Menggegar Argentina Sejak 1980

21-11-2016 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5456| Komen: 39

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan barat Argentina dan sebahagian kawasan di Chile pada Ahad.

Gempa bumi itu menggegarkan wilayah San Juan yang terletak di Argentina pada jam 5.57 petang waktu tempatan (2057 GMT), pada kedalaman kira-kira 130 kilometer (80 batu), menurut Institut Seismologi Argentina.


Di Chile, gempa itu turut dirasai di bahagian utara dan barat di kawasan Atacama, Coquimbo, Valparaiso, 0'Higgins dan kawasan metro Santiago.

Menurut laporan Reuters, pihak berkuasa tidak mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi yang terjadi.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan Chile dan Argentina memaklumkan, pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan kemalangan atau kehilangan harta. 

Laporan media tempatan turut menyatakan, gempa bumi kali ini adalah yang berskala paling besar berlaku di Argentina sejak tahun 1980.- CARI

sumber foto: 




Argentina & Chile Digegar Gempa Bumi 6.4 Magnitud


24

Bagus
41

Marah
32

Terkejut
28

Sedih
19

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mujer_in_espejo 21-11-2016 06:09 PM
Yg nih 6.4 kan.. besar gak tu.. Gempa bumi ranau tahun lepas 6.0 skala ritcher. Bleh tahan bergegar zink2 atap dan lantai simen parking rmh aiols
Quote Maideen. 21-11-2016 08:25 PM
Semoga orang orang Isle di Argentina selamat semuanya......

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Quote edee_91 21-11-2016 08:38 PM
aku nampak mendoza.
Quote zorrro_03 21-11-2016 08:48 PM
bakpe lah maidin doa utk orang islam sahaja.  lepas tu takbir.  ia menunjukkan seolah orang islam ni sempit, selfish dan kejam.  padahal kami tidak demikian...

Kita sepatutnya menyumbang dan simpati kepada humanity dalam masa bencana tanpa mengira sempadan apa2 sudut sekali pun.
Quote mommymonster82 22-11-2016 01:30 AM
zorrro_03 replied at 21-11-2016 08:48 PM
bakpe lah maidin doa utk orang islam sahaja.  lepas tu takbir.  ia menunjukkan seolah orang islam ni ...

Xyah duli dia tu...saja perli n nak provoke je..
Quote mommymonster82 22-11-2016 01:30 AM
Moga selamat semuanya...
Quote God_Eater_7 22-11-2016 02:27 AM
Maideen. replied at 21-11-2016 08:25 PM
Semoga orang orang Isle di Argentina selamat semuanya......

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ...

apakah gegaran ini berpunca dari ummah LBGT?  
Quote cupu 22-11-2016 02:55 AM
zorrro_03 replied at 21-11-2016 08:48 PM
bakpe lah maidin doa utk orang islam sahaja.  lepas tu takbir.  ia menunjukkan seolah orang islam ni ...


mentaliti caprut mcm ni la yg merosakkan keharmonian kepelbagaian dlm beragama.
Quote Maideen. 22-11-2016 07:32 AM
zorrro_03 replied at 21-11-2016 08:48 PM
bakpe lah maidin doa utk orang islam sahaja.  lepas tu takbir.  ia menunjukkan seolah orang islam ni ...

Bukannya apa Zorro..... Itu hari Maideen ada pergi majlis ilmu. Ostad tu cakap kita dilarang memberi salam kepada kepada orang kafir laknatullah kerana itu sama seperti mendoakan mereka.
Sebab itu orang orang beriman sebelum berucap akan kata, " Asalamualaikum kepada hadirin muslimin dan muslimat dan selamat pagi pada kafir kafir laknatullah sakalian."


Jadi jelaslah bahawa Allah SWT melarang kita mendoakan kafir kafir laknatullah.

Itu ketua Mercy Malaysia, Dr. Jamilah ka apa nama dia, pernah memberitahu bahawa dia selalu di kecam apabila Mercy Malaysia membantu kaum bukan Islam.


Jadi itulah sebabnya Maideen hanya mendoakan keselamatan orang orang Isle sahaja di Argentina.

Sebenernya kita haruslah banyak pergi ke majelis majelis ilmu untuk mengetahui hukom hukom Allah. Jangan kita pergi majlis ilmu pasal aurat sahaja dan perasan bagus dan selepas itu suroh anak anak orang bungkos kepala sebab kita ingat kita pakar aurat! Prrrrrrrrrpffffftght

Islam lebih luas dari itu..... It's a way of life!

Wallahualam.

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Quote zorrro_03 22-11-2016 07:34 AM
mommymonster82 replied at 22-11-2016 01:30 AM
Xyah duli dia tu...saja perli n nak provoke je..

Saya syak hanya etis atau kafir yang memainkan isu seperti ini. Tujuannya utk memfitnah,  menampakkan Islam ni sempit dan ignorant.....

@cupu
Quote zorrro_03 22-11-2016 07:47 AM
Maideen. replied at 22-11-2016 07:32 AM
Bukannya apa Zorro..... Itu hari Maideen ada pergi majlis ilmu. Ostad tu cakap kita dilarang mem ...

Tak baik lah gitu.  Kalau maidin tahu ostat tu seleweng dan tersasar, usahlah dipanjangkan kesalahan tu.

Sepatutnya maidin ajar dan sebarkan bahawa Islam sangat menyarankan kita membantu orang dalam kesusahan. tanpa mengira tahap dan kedudukan mereka.  

Masa gempa dan bencana di Haiti beberapa tahun lepas, kami terlibat dalam pemprosesan daging qurban yang didapatkan dari negara Islam spt timur middle sana,  termasuk ozi. Kami tin kan. Dan ikut ostat, tak boleh edar kpd non-muslim. Tapi kami ketepikan arahan itu berdasarkan suruhan Rasulullah saw supaya memberi hidup kepada manusiawi.

Saya tak pandai sgt utk.propaganda. Tapi en maidin kena hentikan memburukkan Islam.  
Quote Peya 22-11-2016 07:49 AM
Pagi tadi radio ckp ada tsunami kat jepun. 7.3 skala richter
Quote mommymonster82 22-11-2016 07:49 AM
zorrro_03 replied at 22-11-2016 07:34 AM
Saya syak hanya etis atau kafir yang memainkan isu seperti ini. Tujuannya utk memfitnah,  menampak ...

Kalau dah bahagia dgn agama atau jln pilihan sendiri..kenpa masih nk mengutuk dan provoke agama atau pilihan org?



Quote mommymonster82 22-11-2016 07:50 AM
Peya replied at 22-11-2016 07:49 AM
Pagi tadi radio ckp ada tsunami kat jepun. 7.3 skala richter

Innalillah...
Takutnya..
Tsunami...  
Quote Peya 22-11-2016 08:00 AM
mommymonster82 replied at 22-11-2016 07:50 AM
Innalillah...
Takutnya..
Tsunami...

Itulah mummy. Nk tgk kat sini rupanya xde gambar2. Kira kuatlah 7.3 gempa bumi tu sampai tsunami
Quote aTiKah_aYuNi 22-11-2016 08:02 AM

Moga selamat semuanya...
Quote mommymonster82 22-11-2016 08:05 AM
Peya replied at 22-11-2016 08:00 AM
Itulah mummy. Nk tgk kat sini rupanya xde gambar2. Kira kuatlah 7.3 gempa bumi tu sampai tsunami

The Japanese prime minister, Shinzo Abe, has issued a statement:

I have ordered government officials to provide the public with up-to-date and accurate information concerning tsunami evacuation.

Dah pakat pindah dah..takutnya ....moga selamat
Quote Peya 22-11-2016 08:09 AM
Yela. Harap x besar mcm dulu la
Quote kucen_miang 22-11-2016 08:21 AM
Peya replied at 22-11-2016 07:49 AM
Pagi tadi radio ckp ada tsunami kat jepun. 7.3 skala richter

amaran tsunami kak.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051070 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top