CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Maut Ditikam Bapa Cuba Lerai Pergaduhan

23-11-2016 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12245| Komen: 79

Satu kejadian pembunuhan berlaku di Johor Bahru, Selasa lalu membabitkan seorang bapa bertindak menikam anaknya yang cuba meleraikan pergaduhan antara dia dengan isterinya.

Menurut laporan China Press, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah teres yang terletak di kawasan luar bandar Jalan Permatang 24, sekitar jam 7 malam.

Difahamkan terjadi pergaduhan antara kedua-dua ibu bapa sekaligus mengundang tragedi kekeluargaan tersebut.

Suspek seorang Cina muslim dan merupakan bapa kepada mangsa, mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Manakala, mangsa yang ditikam merupakan anak sulung yang berusia 24 tahun.

Menurut jiran yang ditemui, sepanjang sebulan lalu, penduduk sekitar sering mendengar pertelingkahan yang serius dalam keluarga berkenaan, namun puncanya tidak diketahui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Bahru, Datuk Kamarulzaman mengesahkan kes tersebut namun enggan menjelaskan lebih lanjut berikutan kes ini masih dalam siasatan lagi.- CARI


Add Image Caption Here


55

Bagus
64

Marah
56

Terkejut
68

Sedih
52

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (331 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 23-11-2016 01:08 PM
Sian bapak
Quote juliez 23-11-2016 01:09 PM
Mesti anak derhaka ni
Quote Kejora927 23-11-2016 01:24 PM
Jarang2 berita macam ni..biasa anak tikam bapak...err speechless
Quote EJALTI 23-11-2016 01:24 PM
Lelaki mati dipercayai ditikam bapa sendiri

http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ni&pg=bt_06.htm

23/11/2016 12:41pm


Ahli keluarga menunggu mayat lelaki yang dipercayai dibunuh di Hospital Sultan Ismail,di sini hari ini.

JOHOR BAHRU - Perselisihan faham menjadi punca kematian seorang lelaki berusia 23 tahun yang maut ditikam ayah kandungnya dalam kejadian di Taman Ehsan Jaya, Desa Cemerlang, Seri Alam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kejadian kira-kira jam 7 malam itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di bahagian ruang tamu rumahnya akibat tikaman itu.

Tambahnya dalam kejadian itu, mangsa ditikam sekali dengan pisau di bahagian dada kiri, manakala bapanya cedera dengan dua tikaman di dada kiri dan perut. - Bernama
Quote CARI-LTS 23-11-2016 01:24 PM
Satu kejadian pembunuhan berlaku di Johor Bahru, Selasa lalu membabitkan seorang bapa bertindak menikam anaknya yang cuba meleraikan pergaduhan antara dia dengan isterinya.


Menurut laporan China Press, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah teres yang terletak di kawasan luar bandar Jalan Permatang 24, sekitar jam 7 malam.


Difahamkan terjadi pergaduhan antara kedua-dua ibu bapa sekaligus mengundang tragedi kekeluargaan tersebut.


Suspek seorang Cina muslim dan merupakan bapa kepada mangsa, mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.


Manakala, mangsa yang ditikam merupakan anak sulung yang berusia 24 tahun.


Menurut jiran yang ditemui, sepanjang sebulan lalu, penduduk sekitar sering mendengar pertelingkahan yang serius dalam keluarga berkenaan, namun puncanya tidak diketahui.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Bahru, Datuk Kamarulzaman mengesahkan kes tersebut namun enggan menjelaskan lebih lanjut berikutan kes ini masih dalam siasatan lagi.- CARI

Add Image Caption Here



Quote Manjahati 23-11-2016 01:29 PM
Apa kes sebenarnya ni?
Quote sebu 23-11-2016 01:32 PM
Sedihnya...
Quote paz 23-11-2016 01:33 PM
Apa lah kisah sebenar nya kan...
Quote albedah 23-11-2016 01:35 PM
Katanya masalah kewangan... suspek tidak bekerja. Mohon merangkak...

#sumber buletin130
Quote munchkin 23-11-2016 01:44 PM
Sebelah kata gaduh suami isteri. Anak cuba leraikan
Quote fishcracker 23-11-2016 01:54 PM
takziah,..
Quote pooh~key 23-11-2016 02:05 PM
Maka senyum giranglah dijek sakan galak hencap suspek sebab suspek cina.
Quote cha-cha 23-11-2016 02:06 PM
Sedihnya. Yang dalam gambar tu ke anak yang meninggal?
Quote pooh~key 23-11-2016 02:08 PM
Amboi komen sekor2 macam ada kat tempat kejadian pula.
Quote haryatie 23-11-2016 02:08 PM
apa la masalahnya..
Quote EJALTI 23-11-2016 02:12 PM
Pemuda Maut Ditikam Bapa

http://www.mstar.com.my/berita/b ... -maut-ditikam-bapa/

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 1:31 PM



JOHOR BARU: Seorang pemuda maut ditikam bapanya dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Seri Alam, dekat sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun, mati ditikam menggunakan pisau semasa pertengkaran dengan bapanya.

Beliau berkata pertengkaran itu yang turut disaksikan ibu mangsa, berakhir selepas mangsa maut akibat ditikam sekali dengan pisau di bahagian dada sebelah kiri manakala bapanya cedera dua tikaman dengan pisau iaitu di bahagian dada kiri dan di bahagian perut.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya selamat dan stabil," kata Jokhiri dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata pihak polis terpaksa mengambil masa lebih kurang sejam di tempat kejadian untuk berunding dan memujuk suspek sebelum dia ditangkap kerana masih berada di tempat kejadian iaitu di ruang tamu rumah bersama mangsa dan isteri suspek.

Sebaik ditahan, pihak polis terus membawa suspek yang berusia 54 tahun itu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail Johor Baru.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu disebabkan perselisihan faham yang telah lama berlarutan dalam keluarga itu, khasnya berkaitan kekangan kewangan untuk menyara kehidupan keluarga," kata Jokhiri.

Tambahnya, hanya ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah kilang manakala bapa dan mangsa tidak bekerja manakala tiga orang adik mangsa masih bersekolah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
Quote myakayina 23-11-2016 02:13 PM
takziah...mesti bapaknya menyesal tak sudah..
Quote haryatie 23-11-2016 02:15 PM

ayah gaduh dgn mak nak kawin lagik ker..???
Quote EJALTI 23-11-2016 02:16 PM
Lelaki maut ditikam bapa kandung sendiri

http://www.sinarharian.com.my/se ... ng-sendiri-1.589643

AZLINA OTHMAN
23 NOVEMBER 2016


Rumah dipercayai berlaku kejadian tersebut

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut ditangan bapa kandungnya sendiri setelah ditikam dipercayai menggunakan pisau di rumah mereka di Taman Desa Jaya, Desa Cemerlang dekat Seri Alam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira  7 malam apabila mangsa yang berumur 23 tahun dan bapanya berusia 53 tahun bertengkar di ruang tamu rumah yang kemudiannya bertukar kepada pergaduhan.

"Mangsa telah ditikam sebanyak sekali dengan pisau di bahagian dada sebelah kiri manakala bapanya cedera dua tikaman dengan pisau iaitu satu tikaman di bahagian dada kiri dan satu di bahagian perut.

"Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya selamat dan stabil," katanya dalam satu kenyataan,  di sini hari ini.

Jokhiri berkata, siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian disebabkan perselisihan faham yang berlarutan lama dalam keluarga.

"Ia khasnya berkaitan kekangan kewangan disebabkan hanya ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin kilang manakala bapa dan mangsa tidak bekerja dan tiga orang adik mangsa masih bersekolah.

"Siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. Bapanya akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut," katanya.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049554 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top