Enaknya rasa sambal ayam penyet yang sememangnya pedas dan mengancam jiwa. Ia juga sering dihidangkan bersama pecel lele yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Namun, masih ramai yang belum mengetahui resipi rahsia yang datangnya dari negara Indonesia ini. Maklumlah, ia bukanlah resipi asal dari negara ini, kan. Pun begitu, masih belum terlewat untuk belajar dan membuat sendiri sambal pedas yang super enak ini. Jom cuba! Bahan-bahan: Sedikit minyak masak 10 batang cili merah 10 biji cili padi 10 biji bawang kecil, hiris 3 biji bawang putih, hiris
5 biji tomato, potong 4 5 cm Belacan 2 sudu Ikan bilis 3 sudu gula merah Cara-caranya: Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing dan rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. - CARI Kredit resipi: Blog Seripayaku |
13
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
16
Sedih |
11
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT