CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serbuan Serentak Di 4 Negeri, Sindiket Penipuan 'Touch n Go' Ditumpas

29-11-2016 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3957| Komen: 15


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berjaya melumpuhkan sindiket pemalsuan kad Touch ‘n’ Go dengan tertangkapnya 14 individu termasuk dua dalang berusia 30 hingga 56 tahun.


Menurut laporan Bernama, serbuan dan tangkapan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di empat negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Johor.pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua mereka dipercayai terlibat dalam penipuan penggunaan kad tersebut sejak Februari lalu dan menyebabkan kerugian pada pihak Touch ‘n’ Go sehingga mencecah lebih RM2.2 juta.

Tambahnya, sindiket ini menyebabkan kerugian kepada pihak Touch 'n Go berjumlah RM 2.2 juta sejak Februari hingga September.

"Selain dijual dengan harga yang jauh lebih rendah kepada pengguna, ahli sindiket juga menggunakan kad tersebut  di kedai, pasaraya untuk membeli barangan seperti rokok, arak, jam tangan dan barangan berharga yang akan dijual semula  kepada pihak ketiga untuk dapatkan wang tunai." 


Katanya, beberapa barang telah dirampas antaranya komputer riba, telefon bimbit, mesin Touch 'n Go, peti besi serta pelbagai jenis kenderaan selain membekukan 18 akaun bank berjumlah RM195,000 milik sindiket untuk siasatan lanjut.

Siasatan masih dijalankan dan pihaknya yakin akan membuat beberapa siri tangkapan dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 Akta Jenayah Komputer, dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.- CARI

sumber foto: http://www.kosmo.com.my/

27

Bagus
31

Marah
34

Terkejut
29

Sedih
29

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 29-11-2016 09:56 AM
sorry otak iols tepu pagi2 ni

dia buat cane? x paham
Quote insulin 29-11-2016 10:00 AM
X sangka kad touch n go pun vulnerable dengan kes pemalsuan begini. Banyak juga kerugiannya.
Quote minahmanja 29-11-2016 10:01 AM
beli jam byr guna tngo..? serius tk penah dgr... biasa iols byr parking je guna tngo... heheh..
Quote Tok_Batin 29-11-2016 10:01 AM
idakamaruddin replied at 29-11-2016 09:56 AM
sorry otak iols tepu pagi2 ni

dia buat cane? x paham

Dia klon kad touch n go. Lepas tu jual dgn harga murah.
Quote sarahmirza 29-11-2016 10:01 AM
Touch n Go dah boleh pakai macam debit card ke?
Wahhh ketinggalan benar I.
I tau boleh bayar tambang bas, train, parking & tol je.
Semuanya berkaitan transportation
Quote Tok_Batin 29-11-2016 10:06 AM
sarahmirza replied at 29-11-2016 10:01 AM
Touch n Go dah boleh pakai macam debit card ke?
Wahhh ketinggalan benar I.
I tau boleh bayar tamba ...

Minuman, makanan, tiket wayang, boleh touch n go
Quote sarahmirza 29-11-2016 10:10 AM
Tok_Batin replied at 29-11-2016 10:06 AM
Minuman, makanan, tiket wayang, boleh touch n go

Oh.....
Tiket wayang i biasa beli online.
Minuman, makanan beli sikit2 bayar cash je.
Thanks for d info.
Quote ninnakarinna 29-11-2016 10:22 AM
Ada kedai2 yg link dgn t n go.contohnya watson..so kalau ada kad t n go,bleh beli semua brg kat watson tu.

Mungkin 7e ke..99 speedmart pun ada jv..so kalau kedai2 ni ada jual jam ke..apa benda sume lah, byr guna t n go tu je.
Quote CiliPadiSedap 29-11-2016 10:39 AM
setiap kad touch and go nak topup kena swipe pada mesin  tertentu. Vulnerable kt sini sindiket cipta
Quote Nenasketum 29-11-2016 10:42 AM
Wah terrornya. Asal ada lubuk duit laju jer manusia nak makan benda harromm.
Quote prettyuglybabe 29-11-2016 10:42 AM
Tok_Batin replied at 29-11-2016 10:01 AM
Dia klon kad touch n go. Lepas tu jual dgn harga murah.

katanya kad tu kad ori..
beli secara legal..
tapi topup tu yang illegal..
maybe guna account/credit card palsu..
topup sampai maksimum satu kad then guna untuk shopping..
Quote prettyuglybabe 29-11-2016 10:45 AM
hari tu baru je report kad touch n go aku yang hilang 6 ke 7 tahun lepas..
rasa bersalah gak sebab orang yg curi dan guna dah topup rm100++
lepas keluar berita ni, aku rasa tindakan aku untuk cancel kad tu tak salah..
padan muka pencurik..
Quote Daisyna 29-11-2016 11:03 AM
Beli arak dgn TnG ala2 bayar mcm debit Card kah??blh ye gitu selain buat bayar tol,naik train n masuk parking kt shopping mall...
Quote chinta89 29-11-2016 11:44 AM
kalau hal duit, ramai penyangak kreatif
Quote kentel 30-11-2016 11:12 AM
nape susah2 sgt fikir.... touchngo pakai RFID....radio frequency boleh manipulate...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044452 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top