Kebanyakan lelaki biasanya tidak dapat menyembunyikan perasaan suka kepada seseorang wanita yang berjaya mencuri perhatian dirinya. Namun awas, ada beberapa golongan wanita yang tidak sepatutnya seorang lelaki itu dekati tahu? Pertama, teman wanita kepada kawan baik anda sendiri! Walau apa juga keadaan, tolong elakkan daripada terjatuh hati dengan wanita yang sudah menjadi pasangan kepada teman karib anda. Bukan sahaja teman wanita, malah bekas teman wanitanya juga perlu dielakkan. Walaupun wanita tersebut cuba menggoda, jadilah lelaki budiman dengan menolaknya secara baik. Jika perkara ini sudah tidak dibendung, beritahu sahaja kawan karib anda itu tentang perangai sebenar pasangannya. Risiko sekiranya mempunyai hubungan dengan wanita tersebut adalah mungkin akan kehilangan teman baik anda itu sendiri.
Kedua, majikan anda! Walaupun ramai kita lihat pasangan yang berkahwin telah menemui jodoh mereka di tempat kerja,namun elakkan daripada mempunyai skandal dengan majikan anda sendiri. Sudah pasti jika hubungan itu diketahui rakan sekerja akan menyebabkan banyak implikasi negatif. Mungkin akan ada yang bercakap buruk di belakan anda dinaikkan pangkat disebabkan mempunyai skandal dengan majikan.Ianya adalah sangat tidak beretika sekiranya anda meniduri majikan sendiri. Ketiga, wanita sudah mematahkan hati anda! Ada banyak kes di mana bekas teman wanita yang telah meninggalkan anda sebelum ini datang kembali untuk merayu cinta disambung kembali. Sebaiknya fikirkan hal ini baik-baik sebelum kembali menjalinkan perhubungan kerana tentunya tidak mahu pisang berbuah dua kali, kan? Keempat, wanita yang perasan cantik! Biasanya golongan seperti ini fikir yang mereka dapat mencairkan hati seorang lelaki dengan mempergunakan kecantikannya. Hati-hati kerana mereka pandai mengambil kesempatan di atas kebaikan seseorang lelaki. Kelima, wanita yang sentiasa mahukan kesempurnaan! Sikap begini sebenarnya akan menyebabkan kaum lelaki menajdi rimas. Baginya, dia sahaja yang betul dan paling sempurna. Biasanya, wanita jenis ini akan selalu menyalahkan pasangannya sekiranya berlaku sesuatu yang buruk. Berhati-hati ya dalam memilih pasangan hidup. Jangan main tangkap muat sahaja, jika tersenarai ciri-ciri wanita seperti di atas, cepat-cepat cari lain, okay? -CARI |
23
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
purpledesire replied at 30-11-2016 12:58 AM
kalo lelaki pula.???
seramado replied at 30-11-2016 04:18 AM
Suka majikan hehe
CiliPadiSedap replied at 29-11-2016 07:17 PM
kak tengah sedih ni. nak nangis kena kuat .
purpledesire replied at 30-11-2016 12:58 AM
kalo lelaki pula.???
wadiunong replied at 30-11-2016 10:33 AM
adoi aku ada ciri2 yg No. 5 tu.
tapi takde la nak cari silap orang je
ADVERTISEMENT