Sebut sahaja Thailand memang terbayang pelbagai benda yang unik dan banyak perkara pelik dapat ditemui di sana. Kali ini, Thailand mencetuskan satu lagi pembaharuan dalam cara penyajian makanan apabila sebuah gerai di sana tidak lagi menggunakan pinggan atau mangkuk.
Sebaliknya, mereka yang terlampau kreatif ini menggunakan barang-barang perkakasan rumah sebagai alternatif untuk mencipta kelainan dan memberi layanan istimewa kepada pelanggannya. Gambar-gambar yang dimuat naik di laman Facebook Go Play Bangkok ini memang boleh buat orang gelak dan ada yang berasa tidak senang dengan cara baharu tersebut.
Tengok sahajalah, orang yang datang untuk menikmati hidangan ayam cincang Thai dan nasi disajikan dengan menggunakan bangku plastik dan payung. Lagi pelik, bila makanan dihidangkan dalam benda yang boleh dianggap menjijikkan seperti penyodok sampah dan pasu bunga! Walaupun ada yang was-was nak makan di sini, tapi dikatakan gerai tersebut sentiasa dipenuhi pelanggan. Ramai netizen memberikan komen mengenai gerai ini, dan kebanyakannya menunjukkan rasa tidak suka. Kalau ada yang tertanya-tanya di mana, nah alamat: 84/5 moo2 Raksakchamoon Road, Mueang, Chantaburi. Ada yang pernah pergi ke? Boleh kongsi pengalaman anda. -CARI
|
38
Bagus |
40
Marah |
41
Terkejut |
26
Sedih |
27
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miemiecha replied at 1-12-2016 11:15 AM
teringat dedulu, mkn dalam tudung piuk pun mak dah bebel nnt nikah pungkoq besar, mkn pinggan lapik ...
Victorioussss replied at 1-12-2016 11:24 AM
Gile merepek. Aku kalau sesaje tak de nak makan dalam perkakas mcm tu. Dulu time asrama makan megi d ...
sabar_sabariah replied at 1-12-2016 11:58 AM
megi dalam gayung ok lagi...
kawan aku citer, budak dorm dia (dgn dia sekali la..) masak megi ban ...
Victorioussss replied at 1-12-2016 11:26 AM
Yeke makan dalam tudung periuk punggung jadi besa? Ok good petua ni. My future wife i akan pastika ...
ADVERTISEMENT