"Dah nak mati ke aku ni Ya Allah." Sejak dimasukkan ke hospital Jasin Khamis lepas kerana mengalami bengkak jantung dan jangkitan paru-paru, pelakon veteran, Wan Maimunah, 62, dibenarkan pulang pada petang Rabu, selepas disahkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Bernama, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk Irwanshah Abdullah atau DJ Dave berkata, keadaan kesihatan pelakon veteran itu sudah semakin stabil. Bagaimanapun, doktor menasihatinya supaya kurangkan aktiviti dan banyakkan berehat. "Keadaan Wan Maimunah semakin sihat dan sudah mampu senyum dan ketawa apabila dikunjungi rakan-rakan serta saudara mara. Kami akan sentiasa mendoakan agar dia sembuh secepat mungkin," katanya kepada Bernama.
Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu turut dikunjungi Anggota Pemegang Amanah YA1M Datuk A. Rahman Hassan, isterinya yang juga pelakon Datin Fadillah Mansor dan Pengurus Besar YA1M Lisza Abd Kadir, selain diberi sedikit sumbangan bagi meringankan bebannya. "Terima kasih tidak terhingga ibu ucapkan kepada semua. Ibu juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan dan saudara mara kerana tidak memaklumkan kepada mereka tentang keadaan kesihatan ibu. "Ada juga yang marah. Bukan ibu tidak mahu beritahu, tetapi ibu merasakan sakit ibu tidak begitu teruk," katanya. Menurut Wan Maimunah, dia sering berasa sakit di bahagian dada sehinggalah dia ditahan di hospital itu bagi mendapatkan rawatan lanjut. "Ketika itu, ibu hendak menarik nafas pun tidak boleh. Rasa sempit. Semakin ibu panik, semakin itulah ibu rasa sempit. Hinggakan ibu rasa dah nak mati ke aku ni Ya Allah. Sekarang Alhamdulillah, ibu syukur keadaan kesihatan semakin stabil," katanya. Ingat pesan doktor tau, ibu. Banyakkan berehat di rumah. Semoga keadaan ibu semakin baik. - CARI
|
35
Bagus |
28
Marah |
29
Terkejut |
37
Sedih |
23
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
-electrifying- replied at 1-12-2016 05:18 PM
yg pki spec berjambang tu pelakon jgak kan dlu... kenapa mke nmpk busuk skrg
Manjahati replied at 1-12-2016 05:56 PM
Ha a lah... Sapa org tu?nmpk serabai sgt ...Dj dave muka nmpk bersih n kemas je
-electrifying- replied at 1-12-2016 05:18 PM
yg pki spec berjambang tu pelakon jgak kan dlu... kenapa mke nmpk busuk skrg
faiz-za replied at 2-12-2016 10:20 AM
Zack kumpulan kool dulu
Lepas kool senyap, dia berlakon
Sekarang pun macam dah senyap jugak
ADVERTISEMENT