CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sepanjang Filem, Anak-anak Gelisah Menanti Hero Mereka - Ibu Bapa Kecewa Dengan Filem Upin Ipin

2-12-2016 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8378| Komen: 20|Original author: Oleh: Adib Za


Upin Upin nama watak yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pengaruhnya di kalangan anak-anak pula sukar dipisahkan malah ada yang menganggap ia sebagai hero di hati mereka. 


Baru-baru ini, filem terbaharunya, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng sekali lagi mencatat sejarah tersendiri bila berjaya mengutip RM3 juta hanya dalam masa 4 hari ditayangkan. 

Ini sekaligus membuktikan bagaimana ia begitu memberi impak besar kepada kanak-kanak masa ini. Namun begitu, menerusi laman Sneakpeekmy, ada di kalangan ibu bapa yang menyatakan kekecewaannya dengan filem arahan Erma Fatima itu. 


Meskipun mendapat sentuhan hebat dan lakonan berkesan Puteri Balqis, namun ternyata bukan itu yang penonton mahukan sebenarnya. 

"Kalau anak anda peminat nombor 1 Upin Ipin, jangan bawa tonton filem Jeng Jeng Jeng. Percayalah, sepanjang filem ditayangkan, kau akan melihat anak-anak kecil ini sentiasa gelisah menantikan kemunculan Upin Ipin. 

"Ayah, mana Upin Ipin? Kenapa Upin Ipin Tak ada? Mak ayah terpaksa menenangkan anak dan berkata sikit lagi ada muncullah tu."

Begitulah antara luahan netizen ini. Katanya anak-anak resah bila melihat hero mereka tak diangkat menjadi watak utama dalam filem tersebut. Seolah-olah rasa telah tertipu dengan konsep filem berkenaan. 

"Wahai penerbit filem Jeng Jeng Jeng, kalian tahu bukan watak 2 orang budak botak ini paling disayangi oleh kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah."

Katanya lagi, trailer Upin Ipin The Movie yang disiarkan di akhir filem ini yang berdurasi seminit lebih, lebih berbaloi ditonton berbanding keseluruhan filem Jeng Jeng Jeng sendiri. 

Ini pula antara komen para netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat tersebut. 



Bagaimana pula dengan anda? Adakah bersetuju dengan pendapat netizen ini? - CARI 


Foto: Carian google
14

Bagus
22

Marah
22

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 2-12-2016 11:44 AM
hmm..better tengok moana la kot...upin ipin ni tunggu keluar kat tv jela..
Quote CrowneGlory 2-12-2016 11:47 AM
baik aku tgk pingu jah dlm youtube...nokkk....nokkkk

les kopak make a wrong move this time...
Quote WajibulGhunah 2-12-2016 11:57 AM
Silap percaturan lettew
Quote RatuDunia94 2-12-2016 12:26 PM
Mmg penerbit ada ckp UI jeng3 ni filem eksperimen.. Nk tgok sambutan market trhadap filem pertama seumpama ini di msia.. 2017 mmg dorang akan keluarkan filem UI animasi penuh..
Quote seri_mawr 2-12-2016 12:29 PM
alahai...dah la anak2 aku dok sibuk ajak tgk upin ipin ni...dah klu kata upin ipin kuar nya seminit dua...jenuh lah aku nak explain dlm panggung wayang sat gi....

sila cabut papan iklan promosi upin ipin kat tepi tol batu 3...pleaseeeeee...

sbb tiap kali lalu situ anak2 aku mintak nak tgk cerita upin ipin....

si aqish tu haram anak aku tak kenal....dia sebut upin ipin...ye la baru umur 2 and 3 tahun jek pun anak2 aku...
Quote sambaldurian 2-12-2016 12:46 PM
Nk tiru space jam la tu yg ada michael jordan dgn bugs bunny tu. Tp jd kureng.
Quote FARRAZOOL 2-12-2016 01:11 PM
Pelik..knp ler bekerjasama dgn kru bagai??
Quote matseh 2-12-2016 02:31 PM
try agai next time.
Quote zulka 2-12-2016 03:20 PM
ramai yg tertipu..
hampeh tul
Quote gigahertz 2-12-2016 03:52 PM
FARRAZOOL replied at 2-12-2016 05:11 AM
Pelik..knp ler bekerjasama dgn kru bagai??

KRU ni rasanya sebagai pelabur $$$ sahaja. idea dah xde labur la kat animasi.

trend hantu dah habis. trend air mata dah muak. filem sentimen x boleh. tinggal option animasi. itu pun target budak2..

tapi filem boboboi tu agak best jugak.kuasa air la kuasa api la.. cuma bila filem tu pakai bahasa melayu agak kurang sedikit istilah2 digunakan.
Quote talapia 2-12-2016 04:49 PM
gigahertz replied at 2-12-2016 03:52 PM
KRU ni rasanya sebagai pelabur $$$ sahaja. idea dah xde labur la kat animasi.

trend hantu dah  ...

pada aku ok je boboiboy tu guna BM, selit sekali lawak2 dalam skrip.. nama2 watak jahat pon tak agak2.. Tengkotak. nama pon dah menarik pada aku.. skrip yg terngiang2 smpai sekarang... "tak boleh dibuat bini ni"... hehe

ooppsss.. ni thread Upin Ipin Jeng Jeng Jeng la...

Quote RatuDunia94 2-12-2016 05:39 PM
Sebenarnya filem boboiboy tu dh cukup rencah sbg filem cuti sekolah.. Golongan sasaran utama is kanak2.. Tp of oz la kena tarik parents dorang sekali sbb nk bw g panggung.. So elemen kanak2 is watak2 utama boboiboy tu sendiri.. Dan elemen dewasa ada papazola yg lawak..
Quote siskepoh 2-12-2016 06:28 PM
hmm sedeyhh. budak2 tertipu ye. jeng jeng jeng.
Quote esbok 2-12-2016 08:25 PM
Mmg pun. Rasa macam hmmmmmm je lepas keluar wayang. Anak buah aku siap tertido. Penat tunggu bila UI nak keluar. Takde upin ipin pun takpe. Mcm tu le ibaratnya.  Depa bole je nak buat, jalan cerita tak berapa nak hmmm
Quote gigahertz 2-12-2016 08:55 PM
RatuDunia94 replied at 2-12-2016 09:39 AM
Sebenarnya filem boboiboy tu dh cukup rencah sbg filem cuti sekolah.. Golongan sasaran utama is kana ...

lepas tu depan pawagam ada belon. ada niaga bertih jagung. ada jual baju elsa . sebulan pokai. ingatkan lepas tgk wayang balik.
Quote kerepektempe 2-12-2016 10:51 PM
Lemau jalan ceritanya..
Quote chacon 3-12-2016 12:59 AM
Aku layan robocar poli lagi best lah
Quote boylondonn 3-12-2016 05:06 PM
Bosan kot tgk aqish blakun
Quote poison_paradise 5-12-2016 01:22 AM
Cerita sampah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071274 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top