Seorang remaja warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak sebentar tadi atas pertuduhan menyamar sebagai cucu Sultan Johor. Remaja itu dilaporkan melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis menjual pakaian Angsana Mall, Johor Bahru pada 6 Ogos 2016. Penyamaran itu bagi orang ramai mempercayai dirinya sebagai seorang daripada kerabat Diraja Sultan Johor.
Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar, juvana berusia 15 tahun yang didakwa menipu identiti mengaku tidak bersalah. Bagi pertuduhan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Ashraff Mohd. Diah. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 5 Januari depan.
Tertuduh dibenar untuk diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin warga negara ini. Terdahulu, perkara itu menarik perhatian pengurusan pusat membeli-belah itu dan mendapati identiti remaja itu meragukan sebelum melaporkan kepada polis.- CARI |
19
Bagus |
11
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hanakikan replied at 8-12-2016 08:39 AM
dah lah boyan, ada hati nak mengaku bugis
unhas replied at 8-12-2016 12:19 PM
Kau nak menipu kat johor,yang tiap jumaat ade doa sampai ke cucu cicit sultan, memang kerja bodoh la ...
oppol replied at 7-12-2016 06:46 PM
Apa pula kaitan laman sosial dengan pusat beli belah?...
ADVERTISEMENT