Anda dahagakan minuman yang mampu menurunkan paras kolestrol? Tak perlu cari jauh, jus tomato adalah jawapannya!
Sekejap, mampu ke untuk menelan jus tomato? Jangan risau jika anda tak mampu menghabiskan jus tomato kerana tak lalu dengan rasanya yang pelik, anda boleh mencampurkan dengan beberapa jenis buah lain. Ia bukan sahaja menambah kelazatan jus tomato tersebut, malah lebih sihat! Tambahkan epal, lobak merah atau timun ke dalam jus tomato anda. Tak keterlaluan juga jika anda menambah sedikit madu agar jus semakin enak dan manis. Paling penting adalah fungsi jus tomato itu sendiri, ia mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan anda. Ini kerana tomato mengandungi niacin yang mampu menstabilkan kolestrol. Ia juga kaya dengan serat yang sekaligus menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah. Menarik sekali, jika anda amalkan pengambilan jus tomato, ia mampu menurunkan berat badan! Ini kerana jus tomato rendah kalori dan mampu menyingkirkan toksin dari dalam badan.
Tertarik? Jom cuba bancuh sendiri jus tomato anda. Bahan: 2 biji tomato 1/2 cawan seleri 1/2 biji timun Secekak kecil parsley 1/2 sudu kecil garam Himalayan sedikit lada hitam sedikit ais Cara-caranya: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar buah. 2. Kisar sehingga hancur dan menjadi jus. 3. Masukkan ke dalam jug dan sedia diminum! - CARI |
12
Bagus |
23
Marah |
32
Terkejut |
64
Sedih |
17
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cahayahati replied at 12-12-2016 10:56 PM
Iols rajin buat jus tomato,setiap pagi minum...sedap kot niat minum sbb nak dptkan kulit cntik, ...
ADVERTISEMENT