Tidak dinafikan lagi media sosial sememangnya membawa ketagihan kepada penggunanya. Keadaan ini boleh dibuktikan dengan situasi dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia di mana kita boleh lihat rata-rata individu mengamalkan konsep 'android berbicara'.
Mana taknya. Katanya meluangkan masa bersama rakan-rakan, tetapi fokus tertumpu pada gajet di tangan. Rakan di 'alam maya' lebih penting daripada rakan-rakan yang berada di hadapan mata. Perkara ini boleh menyebabkan ketagihan terhadap penggunaan gajet dan media sosial terutama untuk mendapatkan bilangan 'like' yang banyak walaupun kepuasannya hanya seketika. Keadaan ini akan mengundang godaan untuk mendapatkan lebih banyak like, begitu juga dengan 'cyber stalking' yang boleh mengganggu ketenangan hidup orang lain.
Berehat seketika dari menggunakan laman sosial adalah langkah terbaik patut anda ambil kerana: 1. Media sosial 'memulaukan' anda dari dunia nyata Terlalu fokus dengan gadget dan jaringan sosial buat menyebabkan anda mengabaikan momen berharga dengan orang di sekeliling anda sama ada keluarga, sahabat, atau pasangan. Nak tinggal telefon bimbit, tak boleh juga kerana khuatir ada panggilan penting. Maka, jika anda keluar makan, letakkan gajet di atas meja dan JANGAN sentuh kecuali mustahak. Percayalah, hubungan seperti ini jauh lebih memuaskan. 2. Jadi membandingkan diri dengan orang lain Apabila melihat rakan lain di laman sosial anda memiliki kehidupan dan paras rupa lebih baik, anda akan mudah jadi iri hati dan membanding-bandingkan diri anda dengan mereka. Seperti anda, mereka juga memiliki banyak kekurangan yang tak mungkin anda dapat lihat dengan hanya melihat foto yang dikongsikan. 3. Hilang privasi Dengan 'oversharing' atau berkongsi semua perihal kehidupan anda di laman sosial, anda membenarkan orang lain menyuarakan pendapat yang tidak diingini kerana tiada apa yang dapat menghalang mereka daripada mengkritik anda. 4. Pekerjaan dan pelajaran terabai Orang yang ketagihan menggunakan media sosial akan selalu fokus pada gajet. Bahkan, ketika sedang bekerja atau belajar di kelas pun mereka akan menumpukan pada penggunaan gajet sehingga mengganggu pekerjaan yang sedang dilaksanakan. Bukan tidak boleh untuk menggunakan media sosial, tetapi berpada-padalah! Gunakan masa dan media sosial yang tersedia untuk merapatkan hubungan sosial. Sebaiknya jadikan media sosial sebagai medium untuk menerima dan menyampaikan maklumat. Lebih berguna, bukan? - CARI |
24
Bagus |
27
Marah |
31
Terkejut |
33
Sedih |
31
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lollipop111 replied at 9-12-2016 05:36 PM
Saya dah tinggalkan dunia media sosial nih...cumen ad whatsapp je.
ADVERTISEMENT