Bosan dengan pengalaman melancong yang kurang cabaran sebelum ini? Apa kata anda luaskan lagi pemandangan dan pengalaman anda dengan mengunjungi Gunung Ijen yang terletak di Jawa Timur Indonesia. Lokasi ini memang amat popular dengan gunung berapi yang aktif dan menyimpan pesona keindahan alam Indonesia yang mampu membuat sesiapa pun yang datang akan terpukau. Bahagian paling menarik di sini ialah kawahnya yang terhasil akibat letusan gunung berapi. Walaupun dikategorikan sebagai gunung berapi, namun Gunung Ijen memang selamat untuk dilawati Pada waktu awal pagi, pengunjung dapat menikmati pemandangan matahari terbit yang sangat menakjubkan. Sinar matahari pagi yang menyinari kawah akan dipantulkan sehingga membentuk warna 'Blue Sapphire' berkilauan dari permukaannya. Cuaca yang sejuk dengan suhu 10 darjah celsius akan menambahkan lagi keasyikan di atas sana serta dapat ditemui juga tumbuhan-tumbuhan dan bunga cantik seperti Bunga Edelweis. Pada sebelah malam pula, iaitu tepat pukul 12 malam, anda akan dapat menyaksikan keindahan langit malam yang sangat romatik dengan taburan bintang yaang menyinari galaksi. Fenomena alam yang yang lainnya ialah 'Blue Fire' iaitu keadaan kawah yang seolah-olah bergelora dan berwarna kebiruan. Untuk menuju ke Kawah Ijen, ada dua jalan utama iaitu dari arah Bondowoso-Wonosari dan Banyuwangi-Licin. Digalakkan menaiki jip yang boleh disewa di situ untuk memastikan perjalanan ke sana berjalan lancar. Tengok dari gambar pun dah cukup buat jiwa memberontak untuk ke sana kan? Ayuh, cepat rancang dengan keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini ya! -CARI
|
17
Bagus |
10
Marah |
24
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 9-12-2016 05:11 PM
Cantik memang cantik tapi bau sulfernya amat kuat
merrissa replied at 9-12-2016 08:17 PM
ak rs kawah ni lagi cantik dri kat iceland.....
dah la kat iceland tuh masuk pon kne bayaq....hak ...
ADVERTISEMENT