CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tersentuh, Suami Gigih Teman Isteri Tonton Wayang Walaupun Buta

14-12-2016 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9019| Komen: 29|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Kalau boleh, saya nak buat semua aktiviti normal macam suami isteri yang lain."

Demikianlah kata-kata seorang suami yang cacat penglihatan berkeras mahu menemani isterinya menonton wayang. Tersentuh hati baca kisah ini. Kejadian berlaku di Sunway Pyramid itu dikongsi seorang netizen di akaun Facebooknya dan mendapat perhatian ramai netizen yang turut tersentuh dengan kisah itu.




Dalam kejadian, seorang netizen yang ketika itu berada di Sunway Pyramid sedang memerhati seorang wanita bersama seorang lelaki bertongkat yang kelihatan buntu tidak tahu memilih cerita untuk ditonton.




Netizen itu mendekati pasangan tersebut dan bertanya kepada wanita berkenaan mengenai cerita yang mereka mahu tonton. Menerusi perbualan mereka, netizen itu mengetahui si suami ingin menemani isterinya menonton wayang walaupun tidak mampu melihat.

"Ya, ini suami saya. Sebenarnya dia tak boleh melihat macam kita, tapi suami saya berkeras nak teman saya tengok wayang," katanya.

Netizen itu menjadi lebih terharu apabila si suami berkeras mahu menemani isterinya sama seperti pasangan lain.

"Tak mengapalah, janji awak gembira. Kalau boleh saya nak buat semua aktiviti normal macam suami isteri yang lain. Pergi sana sini sambil pegang tangan berdua," katanya.

Gigih si suami mahu teman isteri tonton wayang walaupun tak nampak apa. Sedangkan suami lain yang sempurna pun tidak ramai yang mahu menemani isteri ke sana ke mari. - CARI


Sumber foto: Facebook

11

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 14-12-2016 01:47 PM
Yang boleh melihat pun gigih jugak. Gigih tengok wayang dengan kokasih golap :
Quote RatuDunia94 14-12-2016 02:44 PM
Hauknya taste akak tu cadangkan cite volkswagen kuning...
Quote kurga 14-12-2016 02:47 PM
couple ni rasa dorang kerja urut kaki.. ade kedai dia kat kat kompleks PKNS shah alam tu x silap...
Quote qronaldo7 14-12-2016 03:24 PM
RatuDunia94 replied at 14-12-2016 02:44 PM
Hauknya taste akak tu cadangkan cite volkswagen kuning...

hahaha. kan sis. lokal movie konon
Quote sabar_sabariah 14-12-2016 03:30 PM
cerita pasal lelaki buta ni
teringat plak masa dulu,
aku pernah dating dgn oku cacat penglihatan sebelah mata
kitorang keluar blind data
tapi dia dah inform la dia oku
aku kata, takpe. tak kisah
so all the time dia pakai spek hitam
tengok wayang pun pakai spek hitam jugak
so, memang aku tak dapat lah tengok mata dia tu camne
tapi orangnya not bad la
ada bisnes sendiri, drive honda city (ke jazz, aku tak ingat)
tapi memang dia pandang aku sebelah mata je lah
balik tu dia hantar aku sampai rumah
langsung dia tak kontek aku lagi dah
cess!! bila teringat balik, lucu pulak rasanya
Quote wadiunong 14-12-2016 03:57 PM
sabar_sabariah replied at 14-12-2016 03:30 PM
cerita pasal lelaki buta ni
teringat plak masa dulu,
aku pernah dating dgn oku cacat penglihatan s ...

Hahaha adoiii lawak pulak citer uols. Org OKU pon ada taste ok
Quote sabar_sabariah 14-12-2016 04:02 PM
wadiunong replied at 14-12-2016 03:57 PM
Hahaha adoiii lawak pulak citer uols. Org OKU pon ada taste ok

tulah pasal
terhina plak rasa diri ini
tapi, yelah
mereka pun berhak memilih..
Quote Star_el 14-12-2016 04:28 PM
sabar_sabariah replied at 14-12-2016 03:30 PM
cerita pasal lelaki buta ni
teringat plak masa dulu,
aku pernah dating dgn oku cacat penglihatan s ...

the hook is pandang sebelah mata
Quote whadda 14-12-2016 05:19 PM
sabar_sabariah replied at 14-12-2016 03:30 PM
cerita pasal lelaki buta ni
teringat plak masa dulu,
aku pernah dating dgn oku cacat penglihatan s ...

memang btol2 die pandang sebelah mata nampaknye..
Quote Artemesiaa 14-12-2016 06:19 PM
Bagi dia dapat dengar dialog dalam pilem tu pun dah ok gaknya asalkan dapat teman bini nonton pilem.
Quote WhiskeyScotch 14-12-2016 09:32 PM
Ya Allah, tak sampai hati pula baca. Moga Allah merahmati warga buta itu.
Quote krustykrab 14-12-2016 10:17 PM
sabar_sabariah replied at 14-12-2016 03:30 PM
cerita pasal lelaki buta ni
teringat plak masa dulu,
aku pernah dating dgn oku cacat penglihatan s ...

Apesal die x kontek sabariah dah? Ke rupa sabariah x memenuhi kriteria dia
Quote sabar_sabariah 15-12-2016 08:34 AM
krustykrab replied at 14-12-2016 10:17 PM
Apesal die x kontek sabariah dah? Ke rupa sabariah x memenuhi kriteria dia

entah, tak tnya plaksok pagi aku wish good morning kat dia, mesej mati kat situ je
so, faham2 sendiri la
kalau pasal muka tu mungkin jugak la
sebab masa tu grooming fail - muka berjerawat, kulit kusam
confident level tinggi plak pergi blind date

Quote krustykrab 15-12-2016 09:23 AM
sabar_sabariah replied at 15-12-2016 08:34 AM
entah, tak tnya plaksok pagi aku wish good morning kat dia, mesej mati kat situ je
so, faham2 sen ...

sabor je la sabariah ye

kalau berjodohan pun mungkin bila sabariah dah sampai satu tahap nak bergaya2, karang sabariah malu pulak ada laki x sempurna.... elok lah berpisah sblm kawin khennnn
Quote sabar_sabariah 15-12-2016 09:29 AM
krustykrab replied at 15-12-2016 09:23 AM
sabor je la sabariah ye

kalau berjodohan pun mungkin bila sabariah dah sampai satu tahap n ...

dah kahwin dah skang, alhamdulillah
apalah sangat buta mata
asalkan jangan buta hati
masa pergi blind date, tak fikir pun nak cari calon suami
just jumpa nak cari kawan baru untuk hang out masa weekend
time tu fikir, kalau sangkut, ada jodoh, alhamdulillah
kalau takde jodoh, cari cara lain
Quote krustykrab 15-12-2016 09:36 AM
sabar_sabariah replied at 15-12-2016 09:29 AM
dah kahwin dah skang, alhamdulillah
apalah sangat buta mata
asalkan jangan buta hati

syukuqqqq sabariah...


Quote hanisbunny 15-12-2016 01:22 PM
sabar_sabariah replied at 14-12-2016 03:30 PM
cerita pasal lelaki buta ni
teringat plak masa dulu,
aku pernah dating dgn oku cacat penglihatan s ...

punch line die btul tepat kene dkt sis kan....tp ye la, kita yg smprn ni pon ada rasa nk memilih2..inikan pulak wrg istimewa ne..
Quote sabar_sabariah 15-12-2016 01:59 PM
hanisbunny replied at 15-12-2016 01:22 PM
punch line die btul tepat kene dkt sis kan....tp ye la, kita yg smprn ni pon ada rasa nk memi ...

yelah, lumrah manusia
nak yg cantik, ye elok, yg baik
tapi definisi tu berbeza2 pada individu tu sendiri
terserahlah
takde yg betul, takde yg salah
Quote ainmatt 15-12-2016 03:01 PM
memang la die x nampak tp still boleh mendengar... dpt jgk la hepi2 tgk wyg dgn wife die tu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045904 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top