CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Denda RM12.70 Jika Tidak Tukar Kad Baru Hanya Khabar Angin – Maybank

16-12-2016 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6054| Komen: 15


sumber foto: http://newmalaysianpost.com/


Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial kononnya bagi pemegang kad Debit bank Maybank, Cimb, RHB, dan BSN, jika mereka tidak menukar dengan kad baru sebelum tarikh yang dinyatakan, mereka akan dicas sebanyak RM12.70 oleh pihak bank.

Memetik laporan Mynewshub, pihak Maybank dalam satu kenyataan menafikan mereka akan mengenakan penalti sebanyak RM12.70 jika tidak menukar Kad Debit baru.

“Jika anda menerima mesej sedemikian, sila abaikannya, Maybank ingin menjelaskan bahawa kita menggalakkan semua pemegang Kad ATM / Debit untuk menukar kad mereka sebelum 18 Disember untuk mengelakkan kesulitan, terutama pada musim perayaan.”

“Tiada sebarang cas terlibat untuk penggantian kali pertama,” kata pihak Maybank.



Loading FB Post...

Menjawab pertanyaan orang ramai mengenai tarikh akhir penukaran kad ATM, tarikh akhir penukaran kad lama kepada kad MyDebit adalah sehingga 31 Disember 2016 ini di mana selepas tarikh itu penggunaan kad akan terjejas dalam urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay mulai 01.01.17.

Jika anda belum lagi berbuat demikian, sila tukar kad anda dengan segera melalui Maybank2u, Debit Card Kiosk Penggantian atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

“Kami meminta semua pelanggan untuk merujuk kepada laman web kami di www.maybank2u.com.my untuk maklumat terkini mengenai semua produk dan perkhidmatan kami, termasuk penggantian kad,” jelas pihak Maybank.

Berikut adalah lokasi Kiosk penukaran Debit kad yang disediakan oleh Maybank: - CARI

1) Maybank KL Main
2) Maybank TTDI
3) Maybank USJ Subang Jaya
4) Maybank Mid Valley
5) Maybank KLCC
6) Maybank Jalan Gombak
7) Maybank The Reef rawang
8) Maybank Klang
9) Maybank KL Sentral
10) Maybank Bandar Baru Ampang
11) Maybank Pandan Indah 
12) Maybank Jalan Kelang Lama
13) Maybank Puchong Jaya
14) Maybank MIB Bandar Baru Bangi
15) Maybank Kajang
16) Maybank AEON Mall Shah Alam
17) Maybank Seremban
18) Maybank Port Dickson
19) Maybank Nilai
20) Maybank Johor Bahru Main
21) Maybank Taiping
22) Maybank Alor Setar
23) Maybank Penang Main
24) Maybank Kangar
25) Maybank Batu Pahat
26) Kuala Terengganu
27) Bukit Ubi

11

Bagus
8

Marah
17

Terkejut
6

Sedih
19

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 16-12-2016 05:53 PM
Tapi cimb kena rm 15 kata staff cimb sendiri masa aku pergi tukar baru ni
Quote jazaa100 16-12-2016 07:46 PM
byr je lah rm12 tu klu iya pun kena denda dari beratur pjg-pjg...salah gaya pitam pulak nati...

Tak paham aku apa lah yg dorang pikir....
Quote chiquititamichi 16-12-2016 09:03 PM
sebu replied at 16-12-2016 05:53 PM
Tapi cimb kena rm 15 kata staff cimb sendiri masa aku pergi tukar baru ni

Yg viral kata rm12.90...the true is..rm15? Lagi mahal...kekadang staff tu saje nak menakutkan org awam...kira dia nk snng keje dia la...
Mcm cikgu menakutkan anak murid....
Quote sebu 16-12-2016 09:11 PM
chiquititamichi replied at 16-12-2016 09:03 PM
Yg viral kata rm12.90...the true is..rm15? Lagi mahal...kekadang staff tu saje nak menakutkan org  ...

Yg viral tu maybank ni cimb

Senanglah sangat aku pi hari tu pukul 5.30 abis 7mlm.beratus tunggu Aku tanya staff tu If X tukar bulan ni apa jadi.jawabnya nanti lepas bulan 12 kena bayar rm15
Quote MeghanK 16-12-2016 09:34 PM
g tukar kat bank islam, kesian kat atuk nenek tua pakat datang tukar kad jugak..padahal ada yang akaun dah tak aktif pon
Quote ohnoLia 17-12-2016 12:10 AM
Cimb mcm mana pula ye?
Quote pucuk-kelompang 17-12-2016 10:41 AM
Quote jiji85 17-12-2016 01:26 PM
yeke khabar angin?kat tmpt aku ni kaunter bukak hari sabtu..x pernah2 aku tgk kaunter maybank ni keja hari sabtu..aku msh lagi blm tkar kad..
Quote kerepektempe 17-12-2016 03:58 PM
baru pergi tukar tadi.. kene beratur panjang.. ada kiosk pun tak guna.. mesin rosak.. kat debit baru tak boleh keluar..
Quote insulin 17-12-2016 04:15 PM
Rakyat Malaysia mudah percaya sangat whatsapp message nih...
Quote famri7 17-12-2016 04:32 PM
Buat dkt maybank2u jah sis xpayah gigeh basah celah nk beratur di bank.bimbo nya ummah2
Quote saladin780 17-12-2016 05:21 PM
MeghanK replied at 16-12-2016 09:34 PM
g tukar kat bank islam, kesian kat atuk nenek tua pakat datang tukar kad jugak..padahal ada yang aka ...

jgn plak mende ni jd upacara tahunan plak ye..setiap tahu bank suh tukar kad baru
Quote MeghanK 17-12-2016 05:29 PM
famri7 replied at 17-12-2016 04:32 PM
Buat dkt maybank2u jah sis xpayah gigeh basah celah nk beratur di bank.bimbo nya ummah2

kekdah nya kalau tak penah shopim guna debit kad tak payah la susah2 tukar tapi benda ni dorang tak explain kat ummah tanah air pon..


tapi memang diakui mebenk lah paling efisien dalam penukaran debit kad baharu ini
Quote MeghanK 17-12-2016 05:30 PM
saladin780 replied at 17-12-2016 05:21 PM
jgn plak mende ni jd upacara tahunan plak ye..setiap tahu bank suh tukar kad baru

kalau setiap tahun buat acara tukar kad baru, harus lah kita pon buat acara memaki jugak
Quote aechae 17-12-2016 06:10 PM
jazaa100 replied at 16-12-2016 07:46 PM
byr je lah rm12 tu klu iya pun kena denda dari beratur pjg-pjg...salah gaya pitam pulak nati...

T ...

Sbnrnya yg caj byr tu byr denda ke apa?
Iols tukar kad rhb bln bpe ntah mmg ada caj utk kad.. banker tu tnya nk kad yg rm8 ke yg rm12.... so sama je mna2 pn dia deduct duit dr acc bank trus..... so apadehal kn....

Busuk2 dlm acc mmg ada rm50 nk takot apa  

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050742 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top