Sirap Bandung? Eleh, senang saja nak buatnya. Campurkan sirap, gula, dan susu, siap! Jadilah sirap bandung. Mahu lebih sedap lagi, gunakan susu segar Dutch Lady atau susu sejat.
Sebenarnya ada pelbagai variasi air bandung yang boleh kita sediakan. Dari sirap bandung, air bandung tiga lapis, bandung soda, air dan macam-macam lagi. Tetapi hari ini, apa kata anda cuba Air Bandung F&N Strawberi pula. Sedap ke? Macam pelik saja, kan? Kalau nak tahu bagaimana rasanya, kenalah cuba sendiri! Bahan-bahan: 1 botol 1.5L air F&N strawberry (jenama lain pun boleh)
1 liter air 1 tin susu sejat/cair Gula secukup rasa Ais secukupnya Cara penyediaannya: 1. Masukkan air dan gula ke dalam bekas yang sesuai, kemudian kacau gula sehingga larut. 2. Campurkan air F&N strawberry dan kacau rata. 3. Kemudian masukkan susu sejat/cair dan kacau sehingga sebati 4. Masukkan ais dan bolehlah dihidangkan Nota: Selepas tuang F&N strawberry, biarkan seketika sebelum dimasukkan susu cair bagi mengelak gas berkumpul dan menjadikan bancuhan bandung itu ataupun; 1. Kacau dengan kuat supaya air dan susu sebati. 2. Tapis air supaya menjadi lebih sebati Bagaimana, mudah saja bukan? Tak perlu beli sirap dan air soda F&N. Kelihatan seperti kerja orang malas, tetapi hasilnya masih lagi sedap! Jangan tak cuba. - CARI Kredit resipi: http://resepiraidah.blogspot.my
|
42
Bagus |
34
Marah |
28
Terkejut |
40
Sedih |
24
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
irwansuhadi replied at 20-12-2016 02:29 PM
air potong kaki ni...
red_cattleya replied at 21-12-2016 12:44 AM
f&n tu dh manis, tambah gula dgn susu lagi..pitamm
ADVERTISEMENT