Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan isu kopi mengandungi lemak babi yang diviralkan tidak membabitkan McDonald’s Malaysia.
Memetik laporan Bernama, JAKIM dalam satu kenyataan memaklumkan, masyarakat wajar memahami bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis berkenaan adalah berbeza mengikut negara. “Untuk makluman, McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.” Susulan itu, untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim. Sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral, orang ramai turut disaran layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM iaitu https://m.facebook.com/HabHalalJakim/. Terdahulu, isu membabitkan dakwaan penggunaan lemak babi ke atas minuman kopi McDonald’s tersebar dalam media sosial.
Bagaimanapun ia dinafikan oleh Pengarah Urusannya, Azmir Jaafar yang berkata, mesej terbabit disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menimbulkan ketakutan dan keraguan dalam kalangan masyarakat.- CARI |
17
Bagus |
7
Marah |
22
Terkejut |
11
Sedih |
27
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 21-12-2016 05:33 PM
i pun rasa penat dengan benda2 viral ni..
last dgr viral drebar lori starbuck cakap kopi cup starbu ...
pearl.silver replied at 21-12-2016 05:33 PM
i pun rasa penat dengan benda2 viral ni..
last dgr viral drebar lori starbuck cakap kopi cup starbu ...
Sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral, orang ramai turut disaran layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM iaitu https://m.facebook.com/HabHalalJakim/.
ADVERTISEMENT