Dengan mencatatkan perolehan yang bernilai AS$14 juta (RM62.71 juta), aplikasi permainan Super Mario Run dikatakan berjaya mencapai rekod sebanyak 37 juta muat turun di seluruh dunia.
Data daripada Firma App Annie menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) merupakan penyumbang besar jumlah muat turun itu dengan 11 juta daripada jumlah keseluruhan. Tambahnya bermula 15 hingga 17 Disember lalu, United Kingdom menyumbang sebanyak 1.5 juta muat turun, Jepun (7.5 juta) dan baki selebihnya dari negara lain (17 juta). Menurut laporan TechCrunch, Pengguna AS menyumbang kepada perolehan kira-kira AS$8 juta (RM35.84 juta) diikuti tempat kedua, Jepun sebanyak AS$3 juta (RM13.44 juta). “Pengguna Super Mario Run di UK berbelanja sebanyak AS$600,000 (RM2.6 juta) dan negara lain di seluruh dunia menyumbang kira-kira AS$2.4 juta (RM10.75 juta).” Buat masa ini, Super Mario Run hanya boleh diakses menerusi iPhone sahaja sekali gus membuatkan pengguna Android tertunggu-tunggu.
Dalam pada itu, Firma Sensor Tower menegaskan bahawa Super Mario Run adalah permainan mudah alih paling pantas mencapai 25 juta muat turun. Sebelum ini, pelabur Nintendo tidak begitu gembira deng-an pres-tasi permainan baharu itu yang telah membawa kepada kejatuh-an harga saham ke atas kebimbangan dengan model pembayaran permainan.- CARI |
14
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT