Hasil prestasi yang hambar, Skuad Harimau Malaysia menutup musim 2016 dengan mengalami penurunan lima dalam ranking bulanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang melibatkan 209 negara.
Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan menerusi laman sesawang Fifa, www.fifa.com pada Khamis, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berada pada posisi ke-161 dunia pada Disember berbanding 156 pada November. Memetik laporan mstar, untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan 171 pada Januari dan Feb, 166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun), 167 (Julai dan Ogos), 158 (September) dan posisi ke-164 dunia pada Oktober. Di peringkat Asia, skuad Harimau Malaysia jatuh satu anak tangga ke posisi ke-31 dalam kalangan 46 negara. Skuad kebangsaan berada pada kedudukan kelima dalam kalangan negara ASEAN dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-120, Thailand (126), Vietnam (134) dan Myanmar (159).
Ranking terbaharu itu meletakkan skuad negara setanding dengan beberapa negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba (160), Macedonia (162) dan Kosovo (165).- CARI |
6
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
18
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aHoi83 replied at 23-12-2016 09:42 AM
Ranking tak penting
ADVERTISEMENT