Pihak polis akan menyiasat sebuah rakaman yang tular tentang seorang pemandu bas ekspres yang dipercayai menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak dari Kuala Lumpur.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad, berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk meneliti rakaman video yang dimuat naik oleh individu yang merakam kejadian itu. "Kita akan lihat video serta gambar yang dikongsi oleh individu itu dan akan memanggil pemandu terbabit untuk disoal siasat," katanya kepada Bernama. Pihaknya juga akan menghubungi syarikat bas terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual pemandu serta mengenal pasti identiti pemandu itu bagi tindakan susulan.
Dua rakaman video yang berdurasi antara 17 dan 19 saat itu dimuat naik oleh pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama Firdaus Wong Wai Hung. Memetik laporan Bernama, perbuatan bermain telefon bimbit dan merokok semasa memandu jelas menunjukkan sikap sambil lewa pemandu terbabit. Firdaus mendakwa video itu dimuat naik ketika menaiki bas berkenaan dari Terminal Bersepadu Selatan pada jam 11.30 pagi menuju ke Muar. -CARI
|
30
Bagus |
16
Marah |
24
Terkejut |
24
Sedih |
29
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 27-12-2016 12:06 PM
kalau merokok tu paham la sbb ngnatuk..tp main fb tu mmg over la ok...
gigih driver bas pn nk fb ...
chinta89 replied at 27-12-2016 12:12 PM
selalu je mcm tu.. tp ak x sempat rakam. perjalanan berjam2 bayangkanlah ngn asap rokOk ..... hmmm.. ...
chinta89 replied at 27-12-2016 12:12 PM
selalu je mcm tu.. tp ak x sempat rakam. perjalanan berjam2 bayangkanlah ngn asap rokOk ..... hmmm.. ...
idakamaruddin replied at 27-12-2016 12:06 PM
kalau merokok tu paham la sbb ngnatuk..tp main fb tu mmg over la ok...
gigih driver bas pn nk fb ...
che-cikL replied at 27-12-2016 12:46 PM
Careful sistur...
ditulis situ main henpon, bukan main FB.
saladin780 replied at 27-12-2016 04:17 AM
ok komen ni rasis skit..biasa drebar lori yg bwk cam gampunk ni..spesis K****g
puterikhaleeda replied at 27-12-2016 12:35 PM
ye ke? so SPAD ni tak berfungsi laa sgt kan.
ADVERTISEMENT