CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Memang Che Ta Banyak Bantu Dalam Soal Kewangan Keluarga" - Zain Saidin

27-12-2016 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17194| Komen: 92|Original author: Oleh: Maly Rosli

Biasalah tu bila seseorang mendapat pasangan yang lebih popular dan bagus dari segala hal terutama dari kalangan selebriti.

Begitulah yang dialami pelakon drama bersiri popular, Oh My English!, Zain Saidin apabila sering dikatakan menumpang kemewahan dan populariti isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta.




Pun begitu, Zain tidak berkecil hati dengan pandangan klise orang ramai kerana dia sedar pengaruh, populariti, kekuatan dan jenama Che Ta itu sendiri terlalu jauh untuk dia kejar walaupun dirinya bergelar suami. 



“Saya dengan Che Ta memang bagai langit dan bumi. Saya suaminya, tetapi dari dalam banyak hal, dia memang kelihatan lebih daripada saya. Itu adalah hal yang tak dapat saya nafikan sama sekali. Memang Che Ta banyak membantu dalam soal kewangan keluarga kami,” katanya kepada Utusan Online.

Namun, Zain menegaskan bahawa dia juga berusaha sedaya upaya untuk membahagiakan keluarganya.


Sumber foto: IG Che Ta

“Sebagai suami, saya juga ada misi untuk keluarga di mana kalau boleh, saya sendiri mahu sara isteri dan anak. Impian saya, mereka tak perlu lagi bekerja suatu hari nanti. 

“Kalau orang masih mahu bercakap mengenai saya sekali pun, saya tak boleh buat apa, biarkanlah mereka asalkan saya tahu apa yang saya buat,” katanya.

Menurut Zain, dia mempunyai kariernya tersendiri dan tak patut orang lain mengatakannya menumpang publisiti Che Ta.

“Saya usahakan ZapatoS dan saya akui, tak pandai nak cari media untuk raih publisiti. Bukan saya ego, tetapi saya segan dan tak nak orang nampak saya lemah terhegeh-hegeh cari media. 

“Melainkan kalau saya dipanggil atau diminta untuk hadir sesi fotografi, saya akan kejar peluang dan pergi. Che Ta pula beruntung kerana apa sahaja yang dilakukan, ramai yang memang akan ambil tahu dan itu satu kelebihan dia,” katanya.

Mulut orang memang tak boleh ditutup. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar dan perbaiki diri supaya menjadi lebih baik. - CARI
9

Bagus
13

Marah
26

Terkejut
15

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanak-balik 27-12-2016 12:36 PM
kami dah tau dah walaupun wartawan x interbiu Zain..
Quote uori 27-12-2016 12:48 PM
sudah terang lagi bersuluh
Quote famri7 27-12-2016 12:51 PM
anak ikan halal ke sis?
Quote supersudoku 27-12-2016 12:52 PM
loll sian zainnn...bertabah laa ...
Quote misc 27-12-2016 12:53 PM
Baguslah che ta. Harap dpt jadi role model utk pompuan2 luar sana yg asyik pentingkan bahagian  nafkah dari suamimasing2. Yg penting i sokong che ta tak berkira dlm urusan kewangan keluarga dia. Sama2 membantu.
Quote watie79 27-12-2016 12:55 PM
tanak-balik replied at 27-12-2016 12:36 PM
kami dah tau dah walaupun wartawan x interbiu Zain..

hahahahahahaha...
Quote batmana 27-12-2016 12:56 PM
ZapatoS tu operating sistem baru ke apa?
Quote anis01 27-12-2016 01:03 PM
batmana replied at 27-12-2016 12:56 PM
ZapatoS tu operating sistem baru ke apa?

kalau x silap jenama kasut lah yunk oi
Quote prettyuglybabe 27-12-2016 01:05 PM
tanak-balik replied at 27-12-2016 12:36 PM
kami dah tau dah walaupun wartawan x interbiu Zain..

hahahahaha... bertabah la jen..
Quote tanak-balik 27-12-2016 01:06 PM

kann...baca tajuk je dah tau tu sahih..hahahahaha
Quote fishcracker 27-12-2016 01:09 PM
biola...hal rumahtangga pun nak cerita kat reporter ke(walaupun netizen lama dah tau pun)
Quote melinda_kerr 27-12-2016 01:10 PM
alamak statement zain. dah mcm Prince Philips dgn Queen Elizabeth jer..
Quote sixret 27-12-2016 01:11 PM
melinda_kerr replied at 27-12-2016 01:10 PM
alamak statement zain. dah mcm Prince Philips dgn Queen Elizabeth jer..



Panjang jodoh dorang kan.
Quote puterikhaleeda 27-12-2016 01:19 PM
misc replied at 27-12-2016 12:53 PM
Baguslah che ta. Harap dpt jadi role model utk pompuan2 luar sana yg asyik pentingkan bahagian  nafk ...

dia tak berkira sbb zain fulfilled her needs.... yg ramai pompuan naik hangen pasal duit ni.. dah ler tak bantu kat umah.. main kayu tiga... duit mintak bini.... yg ni mmg patut di tuntut hingga ke lobang cacing..... hihiihi
Quote eyeNa07 27-12-2016 01:30 PM
batmana replied at 27-12-2016 12:56 PM
ZapatoS tu operating sistem baru ke apa?

hahhaha...ini win
Quote melinda_kerr 27-12-2016 01:38 PM
sixret replied at 27-12-2016 01:11 PM
Panjang jodoh dorang kan.

uols.. tgkla series the crown. Prince Philip tu mmg cinta sejati Elizabeth. That's why bertahan
Quote misc 27-12-2016 01:46 PM
puterikhaleeda replied at 27-12-2016 01:19 PM
dia tak berkira sbb zain fulfilled her needs.... yg ramai pompuan naik hangen pasal duit ni.. dah  ...

Hahaha betui2. Jantan species tu elok sembelih bagi mati ja.
Quote sepitsiput 27-12-2016 01:55 PM
bukan nk drag issue...just nk pesan baik2 kt dik patah...r u sure wanna get married to a dominant lady? kalau mmg suka jd submissive mcm zain ni...no prob! buang ego yach
Quote sepitsiput 27-12-2016 01:57 PM
apapun...zain beruntung sbb che ta bukan jenis drama queen sgt.... dia buat hal dia je...xde issue dgn sapa2. kalau dominan + kuat drama...alamak kesian la kat suami

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.144431 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top