CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wang Simpanan Berjumlah RM17,000 Habis Dimamah Tikus

28-12-2016 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6569| Komen: 37



Seorang wanita kerugian lebih RM 17,000 (27,000 yuan) apabila wang simpanannya selama ini habis dimamah tikus.

Wang dikumpul bersama suaminya itu disimpan dalam sebuah tempayan di gua di Yulin, wilayah Shaanxi.


Memetik laporan The Star, wanita berusia 51 tahun itu berkata, baru-baru ini dia pergi ke gua itu untuk mengambil wang berkenaan bagi membayar kos perubatan anak lelakinya yang sakit, namun terkejut apabila mendapati semuanya hancur dimamah tikus.

Menyatakan sebab tidak menyimpan wang di bank katanya, dia buta huruf, jadi tidak mungkin dia dapat ke bank untuk menyimpan wang.

“Saya menyangka cukup selamat jika wang disimpan dalam tempayan seperti ini. Memang saya tidak menyangka ini boleh berlaku.”

Bagaimanapun, undang-undang kewangan China menyatakan, berkemungkinan pemilik wang yang musnah dalam kebakaran atau dimakan haiwan boleh digantikan semula.


Namun begitu, pemilik perlu membuktikan sumber duit berkenaan selain punca kemusnahan disahkan oleh pihak bank.

Seorang pengurus bank tempatan berkata, wanita terbabit boleh mengumpulkan semua serpihan wang itu dan dibawa kepada mereka untuk membolehkan ia diganti.- CARI

sumber foto: The Star


8

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mummyAS91 28-12-2016 06:15 PM
kesiann...
Quote WhiskeyScotch 28-12-2016 06:19 PM
I can't!!!!!

Rezeki tikus sangat!!!
Quote mbhcsf 28-12-2016 06:38 PM
ya allah ....kesiannya dia...illiterate ye. kesian mak cik ni...harapnya ada kot sesiapa boleh tolong si mak cik ni, kesian pulak dia nak guna duit tu tak boleh dah. anak sakit...

Quote mbhcsf 28-12-2016 06:39 PM
jap  dimamah? atau digerit  tikus

gerit ni  dialect ke ?
Quote merrissa 28-12-2016 11:37 PM
baik aku bersimpati dengan acik ni lagi dari aku bersimpati dengan si mazalan zaonon kaki sentap busuk hidung tinggi tuh....

sian acik....nanti p belajar isi duit dalam bank ya....
Quote pyropura 29-12-2016 12:07 AM
Lahai, kesian sangat... dah lah dia miskin
Quote ejans 29-12-2016 12:12 AM
Aku caya jah
. Dulu aruah atok nenek aku simpan dlm tin biskut.. patot arr banyakk aku tgk tin biskut susun cantik2 bawah katil diaa..
Dulu tertgk tanpa sengaja... tp ramai jah  xtau ada tin boskit dlm.bilil diaaa..

1 hari tu atok nenek aku nak kuarkan diit nak renovate rumah tu sikit... kecoh2.. rupanya tikus makan duit tu.. banyak duit separuh separuh tikis gigit...
Pandai plak tikus tu lobangkan tin2 tu yg blakang2 tu... so. Xnampak xpasan lah. Yg depan2 nampak tersusun cantik jee lg.. tpi sbenarnya kat area blakang tin tu dah berlobang  beribu gak duit dimakan separuuh.. seb bek bank trima utk tukar
Quote MarryPottet 29-12-2016 01:02 AM
siannya kat makcik ni
hampanyalah kan bila dia tengok duit yg diharapkan boleh guna utk biaya rawatan anak dia berderai dikerjakan dek tikus
pastu hidup dia plak betul betul mcm ummah purbakala, simpan duit dlm tempayan pastu kena gi sorok tempayan dlm gua
tempayan takde penutup gamaknya sampai tikus boleh masuk
mohon makcik sumpah biar pecah perut tikus2 yg makan duit haram tu
Quote MakareyumSuciey 29-12-2016 01:05 AM
Sib baik pihak bank ada usaha Untuk membantu ganti...harap berita gembira buat aunty and uncle ni.
Quote moocoww 29-12-2016 01:29 AM
Seorang pengurus bank tempatan berkata, wanita terbabit boleh mengumpulkan semua serpihan wang itu dan dibawa kepada mereka untuk membolehkan ia diganti.

Semoga wang yg diganti cukup la utk bayar kos perubatan anak aunty ni..
Quote FARRAZOOL 29-12-2016 01:46 AM
perhhhh
Quote sabbath_shalom 29-12-2016 02:00 AM
Ko hidup zaman apa simpan duit dalam gua.....zaman Dinasti Tang ye.
Quote sabbath_shalom 29-12-2016 02:02 AM
Entah2 Radio pon simpan dalam tempayan lagi.
Quote xyhxxy 29-12-2016 08:42 AM
Kesian sangat harap2 dapat balik duit tu
Quote chinta89 29-12-2016 08:48 AM
teknik penyimpanan x kena kot...
Quote chinta89 29-12-2016 08:49 AM
ejans replied at 29-12-2016 12:12 AM
Aku caya jah
. Dulu aruah atok nenek aku simpan dlm tin biskut.. patot arr banyakk aku tgk tin bisk ...

la... tin biskut yg keras tu pun tikus boleh geget?????????????
Quote haryatie 29-12-2016 09:04 AM
siannya...

ada lak gua yerr...
nasib baik Ali Baba dgn 40 penyamun x melencong ke gua tu..
ooppss...maafff terlbih pulakk...
Quote gigahertz 30-12-2016 07:56 AM
ejans replied at 28-12-2016 04:12 PM
Aku caya jah
. Dulu aruah atok nenek aku simpan dlm tin biskut.. patot arr banyakk aku tgk tin bisk ...

aku tak berapa percaya tikus boleh korek tin biskut. tin biskut tu kan aluminium keras.
Quote gigahertz 30-12-2016 07:59 AM
sabbath_shalom replied at 28-12-2016 06:00 PM
Ko hidup zaman apa simpan duit dalam gua.....zaman Dinasti Tang ye.

patutnya kita rasa malu dengan Auntie yang menyimpan macam tu. walaupun dia simpan cara ortodoks.
simpan dalam tin biskut tapi simpanan banyak. berbanding dengan manusia moden amount gaji besar tapi simpanan......

aku ada tin biskut fully loaded dengan siling 50 sen . bende ni spontan aku buat. asal ada 50 sen aku simpan masuk situ.
jumlah terkumpul sekarang ni RM 50 . kekadang aku xde bende berfaedah nak buat aku kumpul duit 10 sen gabungkan
jadi RM 1 (which mean kena ada 10 keping siling kan ) aku balut guna pita pelekat. buat macam stail matawang china zaman dynasti dulu.

terkebil kebil mamak tu mengira.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060307 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top