Sesi persekolahan 2017 akan bermula minggu depan setelah hampir sebulan bercuti. Jika seperti kebiasaannya ibu bapa akan mula sibuk menyediakan peralatan persekolahan anak-anak seperti baju, seluar, kasut, dan beg sekolah, kini tugas ibu bapa tidak lagi hanya berakhir disitu sahaja.
Beberapa keping gambar menunjukkan sekumpulan ibu bapa sedang bergotong royong membaik pulih meja dan kerusi rosak di sebuah sekolah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu sekaligus menjadi perbualan hangat dikalangan netizen. Gambar-gambar tersebut turut dikongsikan dengan kapsyen yang bertulis :
Ekonomi Negara Kukuh kononya! Gah kata duit Gst berbilion2! Bajet pendidikan dipotong! Kerusi Meja Sekolah tidak cukup! Para waris gotong royong baiki dan ubah suai baik pulih kerusi meja yg rosak untuk digunakan murid sekolah! Gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial itu menjadi tanda tanya dikalangan netizen mengenai kesahihan dakwaan yang menyatakan bajet pendidikan telah dipotong sehingga pihak sekolah tidak mampu lagi menggantikan kerusi dan meja baru. "buat mrt boleh beratus billion kerusi sekolah x cukup. funny state!" tulis Nik Haisya Arman "Bajet hnya utk IBU PANDA je" - Nz Sham Nosham "Baguslah tuu.sekurangnya ada perasaan tanggung jawab terhadap sekolah.jangan dengar sangat cakap2 sibodoh diluar sana.ini sifat terbaik kepada ubu bapa.tahniah".- Mohd Tajuddin Othman "Sebenarnya, mmg digalakkan diselengara dulu perabot2 disekolah. Kadang2 yg patahnya cuma satu kaki, boleh digantikan dgn kaki dari kerusi lain yg rosak" - Muhammad Shuhaizal Amriez Jesteru, apakah pandangan anda mengenai perkara ini? - CARI *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
12
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zameyla replied at 29-12-2016 10:01 AM
Bajet KKM pun kena potong....
Ubat pun pesakit kena beli kt luar...doc bg nama ubat ja...
amon_79 replied at 30-12-2016 09:17 AM
kalo bajet belambak-lambak pon iols lagi suka kalo ibu bapa buat sumbangan tenaga camni... ini sikit ...
ADVERTISEMENT