CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anda Bakal Berkahwin Dengan Orang Kelantan? Mohon Baca Ini Dulu

30-12-2016 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32014| Komen: 41|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Bercerita tentang JODOH, tiada siapa pun tahu jodoh tepat mereka sekalipun sudah bercinta bertahun-tahun kerana jodoh itu adalah rahsia Allah. 


Uniknya ketetapan dan ketentuan Allah, jodoh itu adalah keras bertemu lembut, panas bertemu sejuk, api bertemu air, panas baran bertemu penyabar dan sebagainya.

Jika dulu, mungkin ramai yang tidak mahu berjodoh dengan orang jauh kerana perbezaan pertuturan dan macam-macam lagi. Tetapi siapakah kita untuk menetapkan jodoh sendiri? Kita hanya mampu merancang, selebihnya tuhan yang menentukannya.

Sekiranya ada pembaca disini yang merancang akan berkahwin dengan pasangan yang berasal dari Kelantan, jom baca perkongsian mengenai adat perkahwinan orang Kelantan. Tip sangat berguna ini dipetik dari kai-epy-serizawa.blogspot.my. 

Gambar hiasan



Sebenarnya bukan aku post ni disebabkan aku orang kelantan, tapi sekadar berkongsi maklumat buat siapa-siapa yang nak cari jodoh dengan orang Kelantan

Mungkin istilah ”tidak ada adat“, ”tiada beradat” , ”tidak mementingkan adat“, ”tidak mengikut adat“, atau seumpamanya itu kurang tepat kerana bagi orang Kelantan, adat itu memang ada dan diutamakan dan yang dikatakan adat itu adalah apa yang telah ditetapkan oleh syarak, baik Al Quran mahupun As Sunnah.

Bak kata orang Minang:

“Adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah, syarak mangato adat mamakai”

Ungkapan di atas dikatakan muncul setelah berlakunya krisis pada awal abad ke-19 antara kem tradisionalis Minang yang berpegang erat kepada Hukum Adat khususnya Adat Perpatih dan lain-lain amalan pra-Islamik, dengan kem Tuanku Imam Bonjol,seorang reformis Minang yang mahukan Hukum Islam diletakkan mendahului Hukum Adat di bumi Minang. Apa yang ironik, perselisihan ini berakhir dengan kejatuhan kuasa politik Orang Minang ke tangan Belanda. Satu kisah sejarah yang cukup memberikan pengajaran dan wajar dijadikan renungan bersama.

Dari ungkapan di atas maka lahir pula:

“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat “

Kini menjadi bahan sindiran sinis, kalau mati anak, siapa yang nak bawa adat? oleh ramai pihak, seperti yang saya pernah dengar dari satu lagi yang dibawa oleh Tan Sri S.M. Salim

Oleh yang demikian, dalam hal nikah kahwin pun, Orghae Kelaté sebenarnya sangat mengikut adat, tetapi setakat mana yang disyarakkan oleh Islam sahaja. Mana yang tidak, akan dinyahkan (contoh yang paling jelas adalah Adat Bersanding/Menepung Tawar yang telah dilenyapkan oleh orang Kelantan kerana dikatakan tidak Islamik dan meniru amalan pra-Islamik i.e. Hindu)

Mudah kata, apa yang diungkapkan orang Minang, sebenarnya telah dikotakan oleh orang Kelantan.

Baiklah, yang berikut adalah apa yang saya dapat kumpulkan berkenaan adat nikah kahwin di Kelantan.

Dipersilakan beri maklum balas atau teguran jika apa yang saya faham di sini adalah tidak tepat atau perlukan huraian / penjelasan lebih lanjut :

Adat sebelum nikah :

1) Merisik

Dikatakan tidak berbeza dengan apa yang diamalkan di negeri-negeri lain. Wakil keluarga si lelaki atau pihak ketiga yang ‘ ditugaskan ‘ oleh pihak lelaki, akan mengadakan lawatan ke rumah keluarga si perempuan.

Sekiranya ”line clear“, adakalanya pihak lelaki akan menghadiahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda ”pre-booking” Seterusnya, acara meminang (booking) akan menyusul.

2) Meminang (Bertunang)

Biasanya orang Kelantan tidak menekankan pertunangan. Kebiasanya mereka ini akan terus berkahwin ataupun bertunang hari ini, esok kahwin. Sebab tak baik simpan lama-lama

Tetapi bukan bermakna tiada atau ianya sesuatu yang asing. Bahkan sekarang, saya lihat makin ramai yang nak bertunang dahulu, malah semakin gah, lengkap dengan hiasan ala ala pelamin.

Yang pasti, majoriti majlis pertunangan di Kelantan adalah biasa-biasa sahaja, dan yang boleh dikatakan noteworthy adalah pada hadiah pertunangan di mana orang Kelantan lebih mengutamakan barangan berbanding pemberian makanan yang diamalkan di sesetengah negeri-negeri lain khususnya di sebelah Utara.

3) Pernikahan

Bagi orang Kelantan, hantaran akan diangkat dalam akad nikah bersekali dengan mas kahwin yang telah ditetapkan nilainya mengikut negeri.

Hantaran bagi orang Kelantan adalah hak milik si pengantin perempuan dan tidak boleh disentuh sama sekali sebagai “Belanja Kahwin” melainkan mendapat persetujuan si pengantin perempuan.

Pendek kata, ”belanja kahwin” lain cerita.

Adat selepas nikah :

Adalah menjadi kebiasaan di Kelantan, bagi perbelanjaan baekwoh (belanja kahwin) di pihak pengantin perempuan tidak ditanggung sepenuhnya (atau kesemuanya) oleh pihak pengantin lelaki.

Tiada ketetapan seperti yang biasa diamalkan di luar Kelantan di mana pihak lelaki semestinya menanggung kenduri di sebelah pengantin perempuan tetapi sebaliknya tidak berlaku bagi kenduri sebelah pengantin lelaki.

Sebaliknya ”Belanja Kahwin: di Kelantan di ”cover” dengan tatacara berikut :



1) Mengaellae / Ngaellae

Tetamu datang dengan membawa duit hadiah atau duit ngaellae, kata orang Kelantan) dengan menghulurkan terus kepada ibu atau bapa pengantin.

Jumlah yang rasmi tidak ditetapkan tetapi pemberian antara RM10 sehingga RM50 adalah paling biasa diamalkan. Bawah daripada jumlah biasa tersebut, biasanya orang malu nak hulur atau tak akan hulur.

Niat ngaellae ini dapat diketahui dengan terang dan jelas melalui perkataan “Walimatul Urus” atau “Majlis Perkahwinan” pada kad jemputan.

2) Ngaellae Baessae

Bisan saling memberikan duit belanja kahwin berdasarkan jumlah kepala tetamu yang pihak masing-masing ingin jemput.

Contohnya, majlis kahwin diadakan di pihak lelaki, ibu bapa pihak perempuan mahu menjemput 100 orang dari kalangan kenalannya ke majlis pihak lelaki itu, atas kos RM15 sekepala. Maka, dia akan beri RM1,500 belanja kahwin kepada pihak lelaki atas nama ngellae baessae.

Dalam erti kata mudah, masing-masing saling menanggung kos majlis kahwin di kedua-dua belah pihak.

3) Majlis Kesyukuran

Tetamu dijemput datang untuk dijamu dan diraikan sahaja. Duit ngaellae tidak diharapkan bahkan adakalanya menjadi ”taboo” jika dihulur. Sekiranya terhulur juga, tuan rumah akan menolak dengan sopan, dengan ayat seperti,

Tiada ketetapan siapa yang perlu menanggung kos majlis. Biasanya ditanggung oleh ibu bapa (jika kaya raya) atau pengantin atau kedua-dua, hanya di pihak yang ingin mengadakan majlis. Mudah kata, pihak lelaki tanggung sendiri majlis di pihak lelaki, dan begitulah sebaliknya di pihak perempuan (jika dia mahu adakan kesyukuran dan bukan ngaellae).

Namun demikian, adalah sopan jika tetamu datang dengan membawa hadiah berupa barangan kepada pengantin dan bukannya berlenggang dengan tangan kosong. Kalau di kampung-kampung, adalah menjadi kebiasaan untuk menghadiahkan gula, susu pekat manis atau beras segantang.

Niat ”kesyukuran” ini dapat dibaca dari perkataan ”Majlis Kesyukuran” yang tertera pada kad jemputan.

Saya dapati trend Majlis Kesyukuran semakin popular di Kelantan pada masa sekarang, tidak kira di pihak lelaki mahupun perempuan.

Kredit foto - tinta hijau dari kaki bukit


4) Ngennar

Terbitan dari perkataan ”memperkenal“. Keluarga pengantin akan mengumumkan, semasa majlis kenduri berlangsung, kepada sekalian tetamu untuk masuk bertemu, bersua muka dan berkenalan dengan pengantin.

Semasa masing-masing bersalam dengan pengantin, sampul berisi wang akan diselitkan ke tangan pengantin, dan wang tersebut adalah bagi maksud perbelanjaan kenduri kahwin berkenaan dan biasanya bukan bagi simpanan peribadi pengantin.

Kesimpulan
Adat perkahwinan orang Kelantan boleh disimpulkan :

1) Demi memudahkan

Mengutamakan kelancaran proses nikah kahwin itu sendiri dengan niat bagi memudahkan dan menggalakkan orang bernikah kahwin selain turut bertujuan menjaga hubungan antara pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan.

2) Bukan untuk dijual

Tidak mahu mewujudkan sangkaan ”jual mahal” atau ”jual anak“. Bagi orang Kelantan, kedua-dua pihak dilihat perlu saling berkorban, yakni saling rugi dan saling untung, demi ‘mendirikan masjid‘.

3) ”Awae, carghi orghae Kelate lah!“

Peningkatan orang Kelantan yang berkahwin dengan orang luar menyebabkan berlakunya pertembungan budaya yang tidak kurang malah sering juga mencetuskan keresahan di pihak Orghae Kelaté, khususnya bagi kaum lelaki, sehingga menyebabkan ayat berikut menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa di Kelantan pada masa kini.

Diulangi, apa yang saya nyatakan di sini hanyalah dari tinjauan, pemantauan dan temubual sendiri sahaja.


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang bakal berjodoh dengan orang Kelantan. Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma filkhair. - CARI





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

36

Bagus
21

Marah
25

Terkejut
22

Sedih
26

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ipo 30-12-2016 07:06 PM
ya betul tu..
lamo tok dengar ngellae, ngenar, bekwoh
duit hantaran untuk pengantin perempuan sepenuhnya
belanja kahwin lain..pengantin perempuan yang tanggung or mungkin sekali dgn mak bapak
pengantin lelaki tidak perlu beri belanja.
sebab tu, setengah majlis kahwin, ada yang jemput secara rasmi dan itu bermakna, tetamu beri wang seikhlas hati (selalunya rm5 ke atas). Dari duit nilah pihak pengantin dapat tampung semula kos belanja kahwin.
ada juga yang tak jemput secara rasmi (kad kahwin) tapi jemput untuk menghadiri majlis kahwin je(yang ni tak perlu hulur duit) selalunya bawa gula, susu pekat etc.

kalau ngellae, selalunya pengantin perempuan dihadiahkan kain batik sarung atau kain pasang.
Quote CiliPadiSedap 30-12-2016 07:18 PM
maaf fizo dan mawar tak sesuai jadi duta kelantan.

yang sesuai nora danish
Quote AbukRokok 30-12-2016 08:10 PM
huk aloh...........
Quote fishcracker 30-12-2016 09:12 PM
till jannah sis
Quote red_cattleya 30-12-2016 09:52 PM
CiliPadiSedap replied at 30-12-2016 07:18 PM
maaf fizo dan mawar tak sesuai jadi duta kelantan.

yang sesuai nora danish

bukankah nora from ganu?  
Quote passwork 30-12-2016 10:04 PM
Aku lebih senang kalau walimah.
bwk dr, bwk duit.
Quote fefeeling 30-12-2016 10:11 PM
Selamat mendapat jodoh
Quote siputsedut 30-12-2016 10:13 PM
Org yang tulis ni org kelantan ke? Sbb tepat semua point dia.. hehe mmg xde hantaran sbb hantaran tu jd mas kawin... kalau kt kad tulis walimatulurus kita akan ngaelle... biasa hadiahkan ikut kepala.. kalau kita pergi satu fmly ada lima org bajet la rm10 sekepala... kalau sedara mara rapat bg lebih.. kalau kt kad tulis majlis kesyukuran kita bwk hadiah.. tandanya majlis mmg fully supported by parents pengantin....

Mak bapak mmg x sentuh hantaran.. biasa pengantin pompuan dinasihatkan beli emas.. tp la ni mmg xdan nak beli emas.. guna wt beli peti ais perabot mesin basuh bagai.. tp ok la sbb lps kawin x miskin ikat perut... huhu

Dan dlu2 org tua kelantan mmg prefer kawin sama org kelantan bkn sbb apa... tp sbb tkut org luar x leh nak terima adat kita.. adik ipar aku kawin org luar kelantan.. mak mertua dah sakit kepala pikir sbb belah pompuan nak lain belah laki lain plak adatnya...
Quote Rainrein 30-12-2016 10:14 PM
CiliPadiSedap replied at 30-12-2016 11:18 AM
maaf fizo dan mawar tak sesuai jadi duta kelantan.

yang sesuai nora danish

X suka pasangan nih tapi better fizomawar la dari janda gedik tu.  
Quote CiliPadiSedap 30-12-2016 11:11 PM
Rainrein replied at 30-12-2016 10:14 PM
X suka pasangan nih tapi better fizomawar la dari janda gedik tu.

tulah kan, akak dah beli tudung tu, buat buaian di petang hari.

laju, laju buaiku laju... sangkut hingga ke kemboja
Quote CiliPadiSedap 30-12-2016 11:12 PM

itu nora janda, ni nora anak dara

kelantan ada version nora lain.

qu nora qu nora baru lah nora
Quote krustykrab 30-12-2016 11:49 PM
Duit ngelee tu mmg aku terkejut...mcm memaksa je....
Quote drivethru 31-12-2016 05:05 AM
Aku ramai adik beradik. Kalau pegi kenduri kawin sedara mara, aku selalu berfikir. Kalau setiap adik beeadik aku salam bagi min rm10, orang tu akan dapat rm100. Wah untung mcm tu. Daripada hati berkata kata, baik aku x bagi langsung. Datang makan jer.
Quote redwed 31-12-2016 08:10 AM
drivethru replied at 31-12-2016 05:05 AM
Aku ramai adik beradik. Kalau pegi kenduri kawin sedara mara, aku selalu berfikir. Kalau setiap adik ...

Dulu aku kawen rilek jer. Ada orang bagi duit koyak. RM1 pun ada.

Redo jer la.

Quote green~tea 31-12-2016 08:12 AM
Edited by green~tea at 31-12-2016 08:19 AM
krustykrab replied at 30-12-2016 11:49 PM
Duit ngelee tu mmg aku terkejut...mcm memaksa je....


Penulis tu lupa tambah... adat ngellae tu only applicable untuk kenduri anak yang sulung aje.... kalo 10 beradik kawen,  Yg sulung je kenduri dpt buat as "walimatul urus"... next kenduri untuk 9 beradik yg lain kena buat "majlis kesyukuran je...

Menggarut je kalp datang 5 orang kena kasi 50 ringgit sbb 10 sekepala... mana ada camtu... ngallae tu seikhlas hati... kalo mampu kasi 2 ringgit, 5 ringgit bagi je la byk tu.. kalo bawak hadiah pengantin, tak perlu pun bg duit ngellae tu

Tp orang paham, walimah belah kelantan 100% dibiaya oleh ibu bapa pengantin perempuan & duit hantaran ni tak wujud... sbb tu tetamu2 yg datang yg nak meraikan tahniah ibu bapa dpt menantu baru 1st time, diorang akan bagi duit utk ringankan beban ibu bapa tu.. sampaikan ada yang bagi 1000 ringgit pun ada tu kalo very2 close sedara/friendship lah...

Mas kawen macam 5k-10k tu akan disebut dlm akad nikah & 100% dpt kat pengantin perempuan sbg hadiah dari suami... biasa pengantin gunakan untuk beli aset (emas atau hartanah atau barang rumah)... macam tea sendiri, tea dpt mas kawen dalam rm10k, tea topup sendiri rm35k untuk beli sebidang tanah untuk buat rumah nanti2... mas kahwen diguna utk beli aset sbb benda tu lebih "kekal" jadi kenangan & dpt membantu waktu susah...
Quote krustykrab 31-12-2016 10:10 AM
green~tea replied at 31-12-2016 08:12 AM
Penulis tu lupa tambah... adat ngellae tu only applicable untuk kenduri anak yang sulung aje.... ...

Idak jgk chuolls, biras iolls ni bkn anak sulung, iolls terkejut sb tetibe je mil dtg suh bagi rm10, iolls masa tu mmg x bwa byk duit, carik punta carik dlm wallet nasib baik cukup rm10 tu...bygkn yg dtg 1 bas, campur kete2 lagi....brp byk kena kuar...kalau aku tau la mmg x kut aku join  

Bila kenduri dgn niat nk bg org makan dah jadi mcm restoran pulak
Sb tu la kalau rasa x mampu buat ala kadar je...
Quote green~tea 31-12-2016 10:21 AM
krustykrab replied at 31-12-2016 10:10 AM
Idak jgk chuolls, biras iolls ni bkn anak sulung, iolls terkejut sb tetibe je mil dtg suh bagi rm1 ...

ape ke pelik buleh paksa2 camtu plakk... yang sebetulnya takde paksa2 bagi duit camtu, cam meniaga restoran la pulak
Quote LavaUollss 31-12-2016 03:13 PM
CiliPadiSedap replied at 30-12-2016 07:18 PM
maaf fizo dan mawar tak sesuai jadi duta kelantan.

yang sesuai nora danish

Nora danish bukan orghe kelate. dia orang meyamar. Nora kacang panjang yg orghe kelate
Quote LavaUollss 31-12-2016 03:19 PM
aku selalu pegi kenduri kawen bagi singgit je. Tapi bagi dlm samsul la. Nak buat camna..selalu sangat mejlis hujung2 bulan

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.088076 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top