CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganggu Ketenteraman Awam Kerana Berebut Parkir, Suami Isteri Didenda

3-1-2017 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8828| Komen: 61

Akibat bersikap kurang matang dan bergaduh kerana berebut kawasan parkir, sepasang suami isteri didenda RM1,000 setiap seorang atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini (Selasa).

Sumber foto: Carian Internet

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu ke atas Nor Azalisam Wahi, 31, dan isteri, Siti Norhidayah Abdullah, 26, selepas mereka mengaku bersalah bergaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Menurut portal Bernama, kejadian berlaku di hadapan rumah No 554C, Jalan SS 9/2, Sungei Way, kira-kira jam 9.50 pagi, 29 Disember lalu. 

Pasangan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali. 

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili pasangan berkenaan bagaimanapun memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan kedua-dua anak guamnya mempunyai empat anak  kecil selain menjaga ibu bapa yang tua. 

Dalam pada itu, di mahkamah sama, pasangan suami isteri warga emas yang terbabit dalam pergaduhan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama. 

Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan, Lim Koon Fook, 69, dan isterinya, Sam Koi Ying, 65, mengaku tidak bersalah.

Khairul menawarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin terhadap pasangan yang tidak diwakili peguam itu. 

Fadzlin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Februari depan untuk sebutan semula kes. - CARI
33

Bagus
23

Marah
21

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 3-1-2017 05:42 PM
Masalah parking memang blh jadi tekanan pun...

Quote sebu 3-1-2017 05:44 PM
Padan muka jer sbb parking nak jadi samseng :zz
Quote insulin 3-1-2017 05:52 PM
Berebut dengan suami isteri sendiri ke? Atau berebut dengan orang lain?
Quote cmf_conan 3-1-2017 05:52 PM
dan dan je laa ada anak kecik.. jaga mak pak..
masa buat honar tu tak pikir plak??
Quote adm7 3-1-2017 05:52 PM
Ni bergaduh suami isteri atau tag team laki bini bergaduh dgn org lain?
Quote emelia1509 3-1-2017 06:02 PM
Memang stress sgt bab parking..

Tp bile dgn warga emas slalu iols mengalah je..

kan x pasal je masuk court bagai..
Quote dodolgemok 3-1-2017 06:06 PM
Bongoknya gaduh pasal parking. Cash lah kedua2 mereka!
Quote exclusive_vvip 3-1-2017 06:10 PM
I pun konpius dengan isi berita ni...gaduh sesama laki bini ke, atau laki bini ni gaduh dgn pasangan warga emas tu?
Quote CiliPadiSedap 3-1-2017 06:22 PM
akak pernah gaduh dulu. tp akak play victim lega no.plate akak bukan CDM 25
Quote Nham22 3-1-2017 06:26 PM
Ni mesti samada die bergaduh same depa then ade jiran yg vvip or vip kat situ..tu yg sampai kene denda..or depa gaduh dengan salah org..kene saman..
Quote danieladam 3-1-2017 06:40 PM
Bodohnya penulis berita ni..x paham apa cuba disampaikan. Baca tajuk mcm laki gado dgn bini berebut paking. Sekali baca berita tu,mcm ada sebut org lain pulak. Apa pulak kaitan warga emas tu? Ke depa gado dgn warga emas tu? Apesal satu psgn je kena denda? :::

Penulis ni kena byk lg belajar mengarang ye. :

Quote R2D2 3-1-2017 06:42 PM
Parkir OKU pun ramai salah guna
mewarisi DNA UMNGOK la ni...
Quote AbukRokok 3-1-2017 06:43 PM
orang kaya VIP je yg xpernah bergaduh psal parking
Quote ronapink 3-1-2017 06:50 PM
lakibini azli hidayah bergaduh sama laki bini warga mas tu..

keliru sbb tajuk tu
Quote abangbeca 3-1-2017 06:56 PM
Laki bini melayu tu gaduh ngan lakibini cina tua tu berebut parking... Semua kena denda... Padan muka semua..

Lihat semua komen(61)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055907 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top