Pelakon dan pelawak Along Cham baru-baru ini telah memuat naik sebuah gambar di laman Instagramnya yang telah menimbulkan tanda tanya dari para peminat.
Dia dikatakan sudah menemui pengganti apabila gambar yang menunjukkan jari bersarung cincin itu mempunyai 'hashtag' rusuk kiri yang membawa maksud calon isteri. Maksud tersirat tersebut seolah-olah Along Cham sudah memberi bayangan bahawa dia kini sedang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga semula selepas bercerai pada tahun lalu. Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan berharap agar segala perancangan masa depannya akan berjalan lancar. Terdahulu, dunia hiburan digegarkan dengan berita penceraian antara Along Cham dan bekas isterinya, Zila Seeron.
Apa yang menjadi perhatian adalah bekas isterinya itu ditangkap khalwat dan disebabkan itu Zila diceraikan talak satu. Walau bagaimanpun kisah tersebut sudah berlau dan kini Along Cham sudah pun membuka lembaran hidup yang baru. Jika benar Along sudah benar-benar bersedia untuk membina rumah tangga kembali, pastinya ia menjadi berita baik buat para peminat. Semoga segalanya dipermudahkan. -CARI
|
28
Bagus |
19
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fynnkakiblock replied at 7-1-2017 09:20 AM
Hello Chuolszah semua, selamat berhujung minggu! Sementara TT tunggu flight saja jer scroll Instagra ...
bambimo replied at 7-1-2017 10:14 AM
Ngada2 nye baru couple dh ketip kuku
ADVERTISEMENT