Sudah hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga, namun masih belum dikurniakan zuriat membuatkan ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan atas Siti Nurhaliza. Imej penyanyi tersohor negara ini digunakan dalam sebuah iklan ubat perangsang seks di laman Instagram baru-baru ini. Terkilan dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, pemilik nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin, 38 ini bakal mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang didakwa mencemarkan nama baiknya itu.
Menurut laporan Kosmo Online, peniaga terbabit mempromosikan produk berkenaan dengan menyatakan pasangan itu turut menggunakannya. Iklan itu juga dikaitkan dengan satu artikel mengenai masalah mati pucuk yang berunsur fitnah. Mengulas mengenainya, Siti menyatakan yang dia sangat terkejut dan menegaskan tindakan peniaga terbabit yang menggunakan nama dia dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa tanpa kebenaran adalah satu kesalahan yang besar. Diharap Siti dan suami tabah untuk menghadapi dugaan ini. Semoga individu yang tidak bertanggungjawab itu dapat dikesan dan diberikan balasan yang setimpal. -CARI
|
20
Bagus |
12
Marah |
17
Terkejut |
9
Sedih |
20
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hyie replied at 9-1-2017 01:49 PM
aritu sapa entah ada tepek iklan tukat forum ni...bukan chuols kah sis @samasam90 ?
ADVERTISEMENT